Friday, 28 February 2020

Proses membawa balik tulang prasejarah selesai dijalankan

Assalamualaikum dan apa khabar rakan rakan yang saya kasihi. Disini saya berasa teruja kerana proses penghantaran pulang koleksi tulang manusia prasejarah dari Gua Niah ke Kuching bermula pada jam 4.00 pagi ini, waktu tempatan.
Proses penghantaran pulang tersebut diselia oleh pensyarah University of Florida, Profesor Dr John Krigbaum yang dibantu oleh Ketua Unit Arkeologi Jabatan Muzium Sarawak iaitu saudara Mohd Sherman Sauffi.
Pasukan yang diketuai Dr Krigbaum telah melakukan proses dokumentasi dan pembungkusan yang rapi, sebelum tulang-tulang ini dibawa ke Atlanta menggunakan jalan darat, dan diterbangkan ke Singapura, sebelum tiba di Kuching.
Saya sendiri berasa gembira sekali melihat tulang-tulang yang datangnya dari Gua Niah akhirnya akan dibawa pulang ke Sarawak. Usaha untuk membawa pulang tulang-tulang ini telah diusahakan bermula pada tahun 2010 ketika mantan Ketua Menteri pada waktu itu, (Tun) Pehin Sri Abdul Taib Mahmud telah mencadangkan agar tulang-tulang yang telah dihantar ke Amerika Syarikat ini dapat dibawa pulang.
Daripada situlah usaha-usaha ini telah dijalankan dan secara keseluruhannya, terdapat 122 fragmen tulang yang telah diekskavasi dari Gua Niah, Miri bermula penghujung tahun 1950-an hingga awal 1960-an.
Setelah lebih 50 tahun berada di luar negara untuk aktiviti penyelidikan, nenek moyang kita di Sarawak ini kini akan kembali ke tanah air, insya-Allah.
Pada majlis ringkas tersebut, Abdul Karim turut  merakamkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat, sejak tahun 1950-an hingga sekarang kerana melakukan penyelidikan penting ini.
Saya turut teruja untuk mengikuti seminar mengenai koleksi tulang prasejarah ini yang  akan diadakan pada 5 Mac ini, dan beberapa pakar arkeologi yang pernah membuat kajian di Kompleks Gua Niah dijangka akan berkongsi penemuan mereka.





No comments:

Post a Comment