Sunday, 16 February 2020

Golongan muda harus prihatin terhadap mereka yang kurang bernasib baik


Baru baru ini saya telah menyeru golongan anak muda Sarawak untuk bersama-sama mewarnai kehidupan kanak-kanak yang kurang bernasib baik di negeri ini.
Perkara ini penting dalam usaha kita damewujudkan masyarakat yang penyayang antara satu sama lain tanpa ada perbezaan untuk bersama-sama merasai keceriaan dalam hidup.
Terdapat mereka yang lahir dalam keluarga yang sempurna dan ceria namun ada yang dilahirkan dalam keluarga yang kurang bernasib baik dan serba kekurangan.
Jadi inilah yang perlu kita lakukan supaya kita dapat mewarnai hidup mereka ini walaupun inisiatif seperti sedemikian tidak memerlukan dana yang besar. Saya membuat rayuan ini ketika berucap pada majlis perasmian Konsert Antarabangsa ‘Paint The World 2020’ yang dihadiri lebih 700 orang di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) lama Sabtu lalu.
Saya bagi pihak Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan menyokong penganjuran program seumpama itu di negeri ini dalam memastikan golongan kurang bernasib baik dapat menikmati keceriaan bersama.
Inisiatif seperti ini perlu ada pada setiap anak Sarawak untuk berkongsi keceriaan dalam mewarnai hidup golongan kurang bernasib baik di negeri ini.
Justeru, saya mengalu-alukan apa yang dilakukan ‘Paint The World’ yang merupakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam menganjurkan konsert ini bagi membawa keceriaan dan mewarnai kanak-kanak dari golongan kurang bernasib baik di sini.
Saya percaya apa yang dilakukan oleh adik-adik kita semua (‘Paint The World’) akan mendapat keberkatan, tahniah dan setinggi-tinggi terima kasih kepada mereka yang terlibat dalam menjayakan konsert ini.
Syabas diucapkan kepada Pengasas ‘Paint the World’ Malaysia, saudari Aziza Aznizan yang merupakan anak jati Sarawak yang mengadakan konsert itu bersama sama rakan beliau bagi membangkitkan kesedaran dalam kalangan belia kurang bernasib baik bahawa mereka juga boleh berjaya.
Jelasnya, seramai 300 kanakkanak dan belia kurang bernasib baik dijemput hadir bagi menyaksikan konsert itu.
Hadir bersama kami diacara ini juga ialah pengasas ‘Paint The World’ saudari Ika Torikashvili dari Georgia yang turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Sarawak yang memberi sokongan dalam menjayakan konsert itu di negeri ini.






No comments:

Post a Comment