Friday 14 February 2020

Kawasan #Asajaya di #Samarahan bakal menikmati projek projek pembângunan


Terima kasih diucapkan kepada rakan rakan #Media kita dari #AstroAwani kerana sudi menemuramah saya mengenai perkembangan dikawasan #Samarahan khasnya di #Asajaya dimana kerajaan negeri Sarawak memperuntukkan dana bagi menaik taraf ban yang berdepan masalah mendapan. 


Saya bersama masyarakat tempatan amat bersyukur dengan keprihatinan kerajaan negeri kita yang telah memberi peruntukan besar itu dan ianya perlu diberikan kerana kawasan terbabit mempunyai jaringan ban paling banyak di negeri itu.


Selain daripada itu, sekiranya tidak dinaik taraf segera, ia akan menjejaskan kawasan kediaman penduduk dan memberi kesan kepada aktiviti pertanian. Kebanyakan ban yang sedia ada telah siap dibina sekitar 30 ke 40 tahun dahulu dan pastinya ia perlu dinaik taraf.
Banyak jaringan ban dibina di negeri Sarawak adalah dalam kawasan itu yang dibina dalam tahun 70-an, 80-an dan pada masa ini kebanyakkan sudah mendap. Bila sudah mendap air mudah masuk jadi sekarang kita nak pertingkatkan termasuk membina jaringan jalan-jalan yang baharu.


Selain projek naik taraf ban, Kampung #Tambirat di Asajaya yang mempunyai kepadatan penduduk tertinggi di daerah itu akan turut menerima peruntukan dana bagi projek penambatan hakisan, pembinaan Waterfont, astaka dan tempat penjaja menjual pelbagai barangan.

Bagi Kampung Tambirat pada masa ini, kita sedang nak membuat penambatan kerana ada hakisan dan banyak juga rumah yang terima kesan akibat berlaku hakisan, jadi kerja tambakan akan dilakukan dan peruntukkan juga sudah diluluskan. Bagi pihak penduduk Kampung #Sambir saya turut bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan negeri kerana telah meluluskan projek pelaksanaan dasar baharu Skim Pembesaran Kampung. Skim ini juga adalah projek di bawah Samarahan Regional Development Agency (IRSDA).

Untuk maklumat lanjut siaran sesi temuramah saya berrsama Astro Awani, sila klik pautan dibawah:
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/rm500-juta-naik-taraf-ban-samarahan-dan-asajaya-230517






No comments:

Post a Comment