Tuesday 4 February 2020

Golongan belia disaran ceburi diri dalam bidang keusahawanan & koperasi

KUCHING: Belia Sarawak disaran melibatkan diri dan menubuhkan koperasi bagi mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan di negara ini.
Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, ini kerana dengan adanya penglibatan belia dalam sektor koperasi, ia sudah tentu dapat mewujudkan peluang dan keadaan kerja yang lebih baik untuk mereka.
Menurut Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) katanya, lebih 64 juta belia mengangggur di seluruh dunia, malah ada antara mereka hidup dalam kemiskinan.
“Ini menunjukkan bahawa isu pengangguran dalam kalangan belia masih menjadi cabaran global bagi semua pihak.
“Justeru, Kerajaan Sarawak menggalakkan golongan belia menjadi sebahagian daripada perusahaan koperasi kerana kita tahu anak-anak muda kita amat berbakat, rajin dan mempunyai banyak potensi dalam pelbagai bidang.
“Apatah lagi, dalam satu kajian yang dilakukan oleh ILO pada 2009, membuktikan bahawa perusahaan koperasi telah menunjukkan daya tahan terhadap krisis ekonomi dan kewangan dan maka itu, kita perlu membantu belia dalam menceburi keusahawanan koperasi,” katanya.
Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh Menteri Pelancongan,
Kesenian dan Kebudayaan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah pada Majlis Perasmian Forum Keusahawanan Koperasi Belia Global 2020 (GYF20) di sebuah hotel terkemuka di sini, semalam.
Lebih 200 perwakilan terdiri
daripada gologan belia dari 107 negara menyertai forum itu yang diadakan selama lima hari bermula semalam.
Di Malaysia, berdasarkan rekod Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) kata Abang Johari, terdapat kira-kira 14,417 koperasi di negara ini dengan keanggotan berjumlah 6.1 juta orang.
“Jumlah itu sekali gus membawa kepada modal perkongsian atau yuran keanggotaan berjumlah RM15.2 bilion dengan aset keseluruhan bernilai 143.7 bilion dan keuntungan besar berjumlah RM40.3 bilion.
“Berdasarkan jumlah tersebut,sayapercayapembangunan koperasi merangkumi pelbagai aspek untuk pembangunan komunti dan kemanusiaan.
“Ini bermakna kepentingan koperasi dalam mengembangkan industri negara tidak boleh diketepikan kerana ia bukan hanya menyumbang kepada pengambilan pekerja dalam kalangan belia tetapi turut mewujudkanpekerjaandengan bekerja sendiri,” jelasnya.
Sementara itu, bercakap mengenai GYF20, Abang Johari berharap forum itu dapat melengkapkan peserta dengan minda dan ilmu yang berguna dalam bidang keusahawanan koperasi.
“Saya yakin forum ini dapat membantu belia mempelajari bidang keusahawanan dan bagaimana membentuk rangkaian yang bukan hanya dapat menyumbang kepada sektor ekonomi bahkan juga kepada masyarakat,” ujarnya.
Dalampadaitu,AbdulKarim pada sidang media berkata, GYF20 merupakan peluang untuk belia bertukar pendapat mengenai perusahaan koperasi selain memperluaskan peluang kerjasama bersama peserta lain.
“Saya merasakan apabila belia terlibat dalam diskusi atau forum seperti ini, mereka akan dapat melihat bukannya dalam pandangan yang sempit tetapi pandangan yang lebih besar kerana pabila mereka berdiskusi bersama pemimpi muda yang menerajui koperasi di tempat lain, ia sedikit sebanyak akan memberi anjakan kepada mereka,” ujar beliau. SUMBER BERITA: Utusan Borneo (Tarikh 04.02.











No comments:

Post a Comment