Thursday, 6 February 2020

Usaha Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu patut dipuji


Saya memuji usaha Fakulti Bahasa dan Komunikasi Moden dari Universiti Putra Malaysia (UPM) campus Bintulu dalam menganjurkan Persidangan Antropologi Linguistik Asia (CALA) 2020 yang mengumpul para pemikir dan ahli akademik dari dalam dan luar negara. Persidangan ini juga boleh memberi semangat kepada para peserta untuk sama sama mengambil tindakan yang membawa kepada usaha inovatif, strategik dan kaedah baharu yang akan membantu masa depan dalam kajian bahasa, budaya, sosiologi dan antropologi di rantau ni.
Dalam ucapan perasmian persidangan CALA 2020 yang bertemakan ‘Asian Text, Global Content’, saya berpendapat ianya adalah simbol signifikan ke hadapan untuk Antropologi Linguistik daripada hasil kejayaan CALA pada 2019 dalam melanjutkan perspektif semasa dan praktik dalam bidang Bahasa Asia, Linguistik dan Masyarakat.
Sebagai pendidik, penyelidik dan pembuat dasar, saya yakin kesemua peserta bersetuju bahawa topik yang dibentang pada persidangan ini adalah penting dalam senario pendidikan tinggi masa kini.
Bagi pihak kementerian, saya ingin menyatakan sokongan, kebanggaan dan penghormatan bahawa Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu dipilih sebagai tempat untuk CALA 2020 susulan CALA 2019 yang diadakan di Siem Reap, Kemboja dari 23 hingga 26 Januari tahun lepas untuk negara-negara Asia merangkumi ahli bahasa, ahli antropologi linguistik, ahli antropologi kebudayaan, ahli budaya, sosiologi, saintis politik dan bidang-bidang berkaitan.
Saya turut berharap CALA 2020 mencapai sokongan yang sama dari segi penyampaian kertas kerja dan penyertaan serta mengamalkan penyelidikan yang lebih baik dan saling bekerjasama yang akan memberi manfaat kepada ahli akademik dan dunia.






No comments:

Post a Comment