Wednesday 6 April 2016

Pemberian BR1M tanda keprihatinan kerajaan BN

April 06, 2016

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah membuat pemerhatian terhadap proses penyerahan baucer BR1M di Kompleks Sukan Asajaya.
Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah
menyampaikan baucer BR1M.
ASAJAYA: Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) disaat Sarawak menghampiri pilihanraya negeri tidak seharusnya dilihat sebagai satu umpan politik oleh Kerajaan Barisan Nasional.

Menteri Muda Pembangunan Belia (Bandar) Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata ia hanya suatu kebetulan sahaja memandangkan Kerajaan Barisan Nasional sentiasa memberi BR1M setiap tahun tanpa mengira sama ada pilihanraya akan diadakan ataupun tidak.

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah beramah
mesra dengan salah seorang hadirin.
Beliau selanjutnya berkata komitmen Kerajaan Barisan Nasional dalam usaha membantu mengurangkan beban kewangan rakyat tidak dapat dipertikaikan kerana walaupun keadaan ekonomi yang kurang memberangsangkan, Kerajaan Barisan Nasional tetap meneruskan pemberian BR1M.

Abdul Karim, yang merupakan wakil rakyat DUN Asajaya, berkata sedemikian ketika berucap di Majlis Penyerahan BR1M Daerah Asajaya Tahun 2016 yang diadakan di Komplek Sukan Asajaya pagi tadi.

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah membuat
pemerhatian terhadap proses penyerahan baucer
BR1M di Kompleks Sukan Asajaya.
Beliau menambah tidak banyak negara di dunia yang menghulur bantuan seperti BR1M kepada rakyat.

Beliau juga menegaskan pemberian BR1M diberikan kepada semua yang layak tanpa mengira sama ada penyokong Kerajaan Barisan Nasional ataupun pembangkang,

Beliau kemudiannya menasihati penerima BR1M agar menggunakan wang tersebut sebaik-baiknya.

Sebahagian daripada penerima baucer BR1M.

Abdul Karim juga menyeru masyarakat Asajaya agar tidak emosional dan berfikiran waras ketika memilih wakil rakyat mereka dalam pilihanraya negeri yang akan datang.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Residen Samarahan Abdul Rahman Sebli Senusi, Pegawai Daerah Asajaya Habari Bakar dan Temenggong Chik Bujang. -@ybkarimsays






















###Semua Gambar ehsan hadirin.

1 comment: