Sunday, 3 April 2016

Pilihanraya untuk pilih kerajaan negeri dan bukannya kerajaan persekutuan - Karim

April 03, 2016

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan Dato Sri Mohammad Ali Mahmud mengibar bendara Barisan Nasional setelah nama mereka diumumkan oleh Datuk Patinggi Adenan Satem sebagai calon-calon di DUN Asajaya dan DUN Stakan.
ASAJAYA: Pilihanraya yang akan datang hanya untuk menentukan parti yang akan mentadbir negeri Sarawak dan bukannya Kerajaan Persekutuan.

Menteri Muda Pembangunan Belia (Bandar) Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, justeru itu jentera pilihanraya PBB hendaklah berusaha dengan gigih untuk menangkis dakyah-dakyah untuk mengelirukan rakyat yang dilemparkan oleh parti-parti pembangkang yang beribupejabat di Semenanjung yang sentiasa berusaha untuk merosakkan keharmonian di Sarawak.

Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem bergambar beramai-ramai dengan para hadirin
"Harapan saya ialah jenteri parti (PBB) akan menolak mereka (supaya mereka tidak mampu bertapak di sini) ... (dan) ini yang kita mahu lihat," kata beliau ketika berucap di Majlis Pelancaran Jentera Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) DUN Asajaya, Muara Tuang dan Stakan di Dewan Suarah Kota Samarahan petang tadi.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem serta isteri, dan ahli DUN Muara Tuang Dato Sri Mohammad Ali Mahmud.

Orang ramai yang berada diluar Dewan Suarah Kota Samarahan menyambut ketibaan Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.
Sementara itu, Adenan dalam ucapannya telah mengumumkan Karim sebagai calon Barisan Nasional di DUN Asajaya, manakala Mohammad Ali akan menjadi calon di DUN Stakan.

Tiada pengumuman nama calon untuk DUN Muara Tuang dibuat oleh Adenan. -@ybkarimsays











No comments:

Post a Comment