Thursday 21 April 2016

PBB Asajaya digesa kukuhkan jentera pilihanraya

April 21, 2016

Ketua PBB Asasjaya Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menyampaikan ucapan.
KUCHING: PBB Asajaya mesti berusaha dengan gigih untuk mengukuhkan jentera pilihanraya bagi memastikan kerusi DUN Asajaya tetap menjadi kubu kuat Barisan Nasional.

Ketua Cawanga PBB Asajaya Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata semua ahli-ahli PBB mesti memberi tumpuan kepada objektif bersama untuk memenangi kerusi DUN Asajaya dan tidak mengendahkan perkara remeh temeh yang mungkin menggangu tumpuan ahli-ahli.

Beliau memberi peringatan tersebut ketika berucap di Mesyuarat PBB N15 Asajaya di Penview Hotel malam tadi.


Abdul Karim, yang telah dicalon oleh Barisan Nasional untuk bertanding di kerusi DUN Asajaya, seterusnya berkata ahli-ahli PBB juga mesti memastikan tiada kelompok pengundi yang terpinggir dalam usaha untuk memenangi hati rakyat agar terus berdiri kukuh dibelakang Barisan Nasional.


Selepas memberi ucapan, beliau menyampaikan beg yang mengandungi dokumen-dokumen yang diperlukan oleh bilik gerakan pilihanraya kepada semua ranting.


Ahli Parlimen Kota Samarahan Rubiah Wang turut memberi ucapan. -@ybkarimsays
























No comments:

Post a Comment