Saturday, 9 April 2016

Kementerian Pendidikan perlu beri perhatian kepada prasarana sekolah di Asajaya

April 09, 2016

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah memeriksa peralatan sains yang dipertunjukkan dalam pameran sempena Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan SMK Asajaya.

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah sedang
memberi penekanan keatas butiran ucapannya.
ASAJAYA: Menteri Muda Pembangunan Belia (Bandar) Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menyeru Kementerian Pendidikan agar memberi perhatian kepada keadaan prasarana sekolah-sekolah di kawasan Asajaya.

Abdul Karim berkata prasarana yang elok dan sesuai adalah penting kerana ia mampu mempengaruhi kelancaran proses pendidikan di sekolah-sekolah.

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menyampaikan
sijil kepada salah seorang penerima Anugerah
Kecemerlangan.
Beliau berkata sebagai wakil rakyat di DUN Asajaya, beliau sentiasa berusaha untuk membantu pihak sekolah menangani isu-isu prasarana.

Walaubagaimanapun, ujar beliau lagi, kemampuan beliau terhad berbanding dengan kemampuan Kementerian Pendidikan yang berupaya untuk memberi bantuan yang lebih besar.

Abdul Karim berkata sedemikian ketika merasmikan Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan SMK Asajaya di sini pagi tadi.

Bekas pelajar dan pelajar SMK Asajaya yang menghadiri Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan SMK Asajaya.
Abdul Karim kemudiannya melahirkan rasa bangga diatas kemampuan SMK Asajaya menghasil pelajar-pelajar yang mencatatkan keputusan yang membanggakan dalam peperiksaan awam PT3, SPM dan STPM walaupun keadaan prasarana sekolah yang agak usang.


Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah bergambar 
dengan salah seorang penerima Anugerah
Kecemerlangan.
Beliau berkata komitmen yang tinggi yang ditunjukkan oleh para pengajar dan juga para pelajar, hinggakan keadaan prasarana yang usang gagal memberi pengaruh yang negatif terhadap mereka, adalah suatu perkara yang patut dibanggakan.

Beliau seterusnya berkata kejayaan SMK Asajaya mencatatkan keputusan yang memberangsangkan menunjukkan bahawa prasarana sekolah yang elok bukanlah pra-syarat kepada kecemerlangan akademik pelajar.

Abdul Karim juga menyeru para pelajar dan ibubapa mereka agar sentiasa
Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menyampaikan
sijil kepada salah seorang penerima Anugerah
Kecemerlangan.
memberi komitmen yang tinggi terhadap usaha menimba ilmu.

Beliau berkata pendidikan mampu membantu mengubah kehidupan seseorang dan keluarganya.

Walau bagaimanapun, tambah ADUN Asajaya lagi, keinginan untuk mengubah kehidupan melalui pendidikan mesti disertai dengan keazaman yang tinggi yang sentiasa mahu melakukan terbaik dalam proses pendidikan. -@ybkarimsays














No comments:

Post a Comment