Wednesday 13 April 2016

Kerjasama semua untuk tangani najis dadah -Karim

April 13, 2016

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan para jemputan menunjukkan sokongan terhadap Skuad 1 Malaysia.

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah bertanya
sesuatu kepada pegawai Kastam.
ASAJAYA: Kerjasama semua pihak amat diperlukan untuk menangani masalah najis dadah dalam masyarakat.

Pengerusi PEMADAM Negeri Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata pihak penguatkuasa tidak berupaya untuk membenteras masalah ini sekiranya pihak yang lain mengambil sikap lepas tangan.

Beliau berucap dalam Majlis Perasmian Program Iman : Sekolah Bebas Dadah di SMK Hajjah Laila Taib disini petang tadi.

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan para hadirin menyaksikan demonstrasi mengesan dadah oleh anjing pengesan dadah.

Beliau selanjutnya menambah penganjuran program-program yang berusaha memberi kesedaran kepada anak-anak muda tentang bahaya najis dadah amat dialu-alukan kerana ia dapat membantu generasi muda mengelakkan diri daripada terjebak.

Abdul Karim berkata anak-anak muda adalah pewaris kepada kepimpinan yang sedia ada.

Para pelajar menyaksi demonstrasi mengesan dadah oleh anjing pengesan dadah.
Beliau menambah sekiranya tiada usaha untuk membantu mereka, dikhuatir mereka akan terpengaruh dengan budaya liar yang akhirnya akan merosakkan masa hadapan mereka.

Beliau juga memberitahu program yang sama akan diadakan di sekolah-sekolah yang lain diseluruh Sarawak.

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menyaksikan
pertunjukkan silat sebelum memasuki dewan sekolah.
Seramai 300 orang pelajar daripada lima buah sekolah disekitar kawasan Asajaya telah mengikuti program selama sehari yang dianjurkan oleh PEMADAM Bahagian Samarahan.

Turut hadir ialah pengerusi PEMADAM Bahagian Samarahan Habari Bakar. -@ybkarimsays















No comments:

Post a Comment