Monday, 25 April 2016

Karim yakin pertahankan kerusi DUN Asajaya

April 25, 2016

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah bergambar bersama-sama (dari kiri) Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan, Datin Zuraini Abdul Jabbar, Menteri Besar Perak Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry bin Abdul Kadir dan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Dato' Jailani Johari sebelum memasuki dewan penamaan calon di SMK Hajjah Laila Taib.
ASAJAYA: Calon Barisan Nasional Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah yakin Barisan Nasional mampu mempertahankan kerusi DUN Asajaya dalam pilihanraya negeri.

Berarak ke SMK Hajjah Laila Taib dari perkarangan Masjid Darul Rahmah di Kampung Tambirat Lot.
Beliau berkata demikian ketika ditemuramah oleh wartawan selepas selesai sesi pengumuman calon-calon pilihanraya untuk DUN Asajaya di SMK Hajjah Laila Taib pagi tadi.

Berarak ke SMK Hajjah Laila Taib dari perkarangan Masjid Darul Rahmah di Kampung Tambirat Lot.
Apabila ditanya tentang para pengundi Asajaya yang menetap di luar DUN Asajaya, Abdul Karim mengingatkan mereka agar menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi di hari mengundi kelak.



HIDUP BARISAN NASIONAL!
Dalam pilihanraya negeri ini, Abdul Karim akan berhadapan dengan calon dari PKR Abang Junaidi Abang Gom. -@ybkarimsays




















No comments:

Post a Comment