Monday 11 April 2016

Pembangunan perlu masa untuk direalisasi -Karim

April 11, 2015

ORANG PENTING: Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan para peserta Program BRIM Unimas menuding jari kearah Prof Madya Dr. Rusli Ahmad.


Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah disambut
oleh penduduk kampung sebaik saja tiba
diperkarangan Dewan Masyarakat Kampung
Sungai Mata.
ASAJAYA: Pembangunan tidak akan datang secara mendadak kerana ia memerlukan masa untuk perancangan dan sumber kewangan.

Ketua Cawangan PBB Asajaya Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata memang sudah menjadi satu lumrah untuk melihat banyak permintaan keatas pembangunan disuatu tempat.

Walau bagaimanapun, ujar beliau, pembangunan tidak dilaksanakan sekaligus tetapi secara berperingkat-peringkat bergantung kepada banyak faktor termasuk kewangan.

Datuk Karim Rahman Hamzah memberi ucapan.
Abdul Karim berkata sedemikian ketika merasmikan Majlis Penutupan Program Bakti Rakan Integriti Mahasiswa (BRIM) Unimas di Dewan Masyarakat Kampung Sungai Mata disini pagi tadi.

Menyentuh tentang progam BRIM, Abdul Karim Rahman Hamzah berkata ia adalah satu program yang amat baik kerana ia memberi peluang kepada ramai pelajar dari luar Sarawak untuk merasai suasana kehidupan di luar bandar.

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah
menyampaikan sumbangan RIM.
Beliau selanjutnya berkata walaupun program tersebut diadakan dalam jangkamasa yang singkat, beliau percaya pengalaman diperolehi oleh para pelajar universiti akan memberi kesan kepada mereka sehingga ke akhir hayat mereka.

Abdul Karim kemudiannya menyeru para pelajar universiti agar meneruskan pembabitan mereka dalam aktiviti kemasyarakat selepas mereka menamatkan pengajian mereka kelak.

Selepas berucap, beliau menyampaikan bantuan yang disumbangkan oleh Persatuan Rakan Integriti Mahasiswa Unimas (RIM) kepada penduduk kampung.

Turut hadir ialah Penasihat RIM Prof Madya Dr. Rusli Ahmad, Temenggong Chik Bujang, Ketua Kaum Kampung Sungai Mata Elen Mustapa.

Seramai 54 orang pelajar universiti mengikuti program BRIM yang diadakan selama tiga hari bemula dari April 09. -@ybkarimsays












No comments:

Post a Comment