Sunday 24 April 2016

Kreativiti dalam perniagaan mampu hasil keuntungan

April 24, 2016

UNTUK KENANG-KENANGAN: Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah bergambar dengan pemimpin masyarakat selepas selesai Program Kolej Komuniti Santubong Bersama Komuniti Kampung Tanjung Apong dan Kampugn Sri Tajo.

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah
menyampaikan ucapan
ASAJAYA: Kreativiti dalam perniagaan mampu mendatangkan pulangan yang lumayan sekiranya ia mampu menarik minat pelanggan, kata Ketua Cawangan PBB Asajaya Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Walau bagaimanapun, ujar beliau lagi, kreativiti mesti digarapkan dengan ilmu yang mendalam keatas sesuatu kemahiran untuk membolehkan sesuatu perkhidmatan ataupun barangan dapat dihasilkan dengan daya kreativiti yang tinggi.

TERBAIK!: Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah bersama-sama pemimpin masyarakat dan kakitangan Kolej Komuniti Santubong.



Beliau menambah, atas dasar itu beliau amat menyokong sebarang usaha untuk mengadakan program-program ilmu bagi tujuan mendapatkan kemahiran baru dan juga memperhalusi 
kemahiran yang sedia ada.

Abdul Karim berkata sedemikian ketika berucap di Program Kolej Komuniti Santubong Bersama Komuniti Kampung Tanjung Apong dan Kampugn Sri Tajo di Dewan Masyarakat Kampung Tanjung Apong pagi tadi.

Menyentuh tentang pilihanraya negeri yang akan datang, beliau berkata para pengundi hendaklah bijak membuat pilihan.

Beliau berkata para pengundi hendaklah mengunakan hak mengundi mereka dengan sebaik-baiknya untuk memilih parti yang boleh mereka harapkan.

Sebahagian daripada para hadirin.

Abdul Karim menyampai hadiah dan sijil kepada para pemenang pertandingan and peserta program selepas selesai memberi ucapan. -@ybkarimsays















































No comments:

Post a Comment