Sunday 24 April 2016

Perjuangan pembangkang demi politik dan bukan untuk rakyat

April 24, 2016

Datuk Jailani Johari menandatangani plak perasmian.

ASAJAYA: Ahli Majlis Tertinggi PBB Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menyeru para pengundi DUN Muara Tuang agar tidak memberi ruang kepada pembangkang untuk bertapak.

Beliau menyifatkan sebarang usaha yang menjurus kepada memberi harapan kepada pihak pembangkang akan menyebabkan mereka semakin bersemangat untuk terus berusaha menyelusup masuk.

Beliau kemudiannya mengingatkan para pengundi bahawa pihak pembangkang, yang mana hampir kesemua berasal dari Semenanjung, hanya berminat dengan politik dan bukannya nasib ataupun masa hadapan rakyat Sarawak.

Datuk Jailani Johari menyempurnakan perasmian dengan memotong riben.

Abdul Karim berkata parti-parti tempatan lebih layak untuk bercakap tentang hal-hal pentadbiran Sarawak berbanding dengan parti-parti yang beribupejabat di Semenanjung Malaysia.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis perasmian Pusat Internet 1Malaysia di Kampung Sungai Mata petang tadi. 

Abdul Karim, yang juga merupakan Ketua Cawangan PBB Asajaya, juga menyeru para pengundi di Kampung Sungai Mata akan terus kukuh berdiri dibelakang Barisan Nasional walaupun kampung tersebut bukan lagi berada dalam kawasan DUN Asajaya selepas penyempadanan semula kawasan DUN Sarawak.


Majlis tersebut disempurnakan oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari. -@ybkarimsays

No comments:

Post a Comment