Saturday 9 April 2016

KEMAS banyak bantu pendidikan di luar bandar

April 09, 2016

TERBAIK: Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah bergambar bersama-sama dengan kakitangan KEMAS selepas tamat majlis.

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah selepas
menandatangi plak perasmian.
ASAJAYA: Pendidikan pra-sekolah di luar bandar telah sinonim dengan Jabatan Kemajuan Masyarakat.

Menteri Muda Pembangunan Belia (Bandar) Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata KEMAS telah banyak membantu penduduk luar bandar dengan memberi perkhidmatan pra-sekolah sejak dari tahun 80-an.

"Dulu kerajaan tidak berkemampuan untuk membuat tabika-tabika ... tetapi keadaan sudah berubah.

"Kalau dulu proses pendidikan anak-anak banyak bergantung kepada ibubapa, sekarang peranan tersebut banyak diambil alih oleh (tabika) KEMAS," tambah beliau lagi ketika merasmikan Bengkel Keibubapaan Tadika / Taska KEMAS dan Jelajah Promosi Sejiwa Senada di SMK Hajjah Laila Taib di sini pagi tadi.

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menyerahkan kain rentang program Sejiwa Senda kepada Temenggong Chik Bujang.
Namun demikian, ujar Abdul Karim, peranan ibubapa dalam proses pendidikan anak-anak tidak boleh dipandang sepi kerana ibubapa tetap mempunyai pengaruh yang besar.

Atas dasar itu, beliau memuji usaha KEMAS mengadakan bengkel untuk ibubapa yang menghantar anak-anak mereka ke tabika ataupun taska kelolaan KEMAS.

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah bergambar bersama-sama dengan peserta Jelajah Promosi Sejiwa Senada.
Selepas menyampaikan ucapan beliau, Abdul Karim menyerahkan kain rentang Program Sejiwa Senada Bahagian Samarahan kepada Temenggong Chik Bujang.

Program tersebut akan diadakan di bahagian Samarahan di perkarangan Majlis Daerah Samarahan
Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah sempat
bergambar dengan kakitangan KEMAS.
dari April 15 sehingga 17.

Kira-kira 40 orang penunggang motosikal besar telah menyertai program jelajah promosi Sejiwa Senada. -@ybkarimsays

























No comments:

Post a Comment