Wednesday 27 April 2016

Kampung Beliong model perpaduan untuk semua

April 27, 2016

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menunjuk kearah sesuatu ketika melawat SK Beliong

Sebahagian daripada hadirin
ASAJAYA: Perpaduan dan keharmonian yang tinggi dalam komuniti Kampung Beliong patut menjadi contoh kepada semua.

Ahli Majlis Tertinggi PBB Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata bukan menjadi satu perkara yang aneh di Kampung Beliong untuk melihat pelbagai kaum duduk dalam masjid bagi mengikuti majlis-majlis keramaian.

Sebahagian daripada hadirin
"Sukar kita hendak melihat suasana keharmonian seperti ini di tempat lain," kata beliau ketika berucap di Program Kempen Kesedaran Keselamatan Sungai di Masjid Darul Ehsan di Kampung Beliong petang tadi.

Program tersebut dianjurkan oleh Lembaga Sungai-Sungai Sarawak.

Abdul Karim selanjutnya menyatakan harapannya untuk melihat perpaduan dan keharmonian tersebut akan terus dapat dipertahankan sampai bila-bila walaupun berdepan dengan cabaran-cabaran dari anasir-anasir luar yang suka melihat perpecahan dalam masyarakat demi mencapai tujuan jahat mereka.

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah
menyampaikan ucapan.
Menyentuh tentang program kempen kesedaran keselamatan sungai, ahli Majlis Tertinggi PBB menggesa penguna pengangkutan air agar jangan memandang ringan terhadap aspek keselamatan.

Beliau berkata seringkali apabila berlakunya kemalangan, sikap terlampau yakin dengan kebolehan berenang menjadi batu penghalang kepada usaha-usaha menyelamat mangsa.

Beliau menjelaskan keyakinan yang melampau ini akan membuatkan pengguna pengangkutan air enggan menggunakan jaket keselamatan.

Sebelum majlis bersurai, Abdul Karim menyerahkan jaket keselamatan dan pelampung keselamatan kepada mereka yang terlibat dalam perkhidmatan pengangkutan air.


Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menyerahkan jaket keselamatan dan pelampung keselamatan
Selepas selesai program kempen kesedaran keselamatan sungai, Abdul Karim menyaksikan Program Sentuhan Kasih oleh Pergerakan Wanita PBB Asajaya.

Dalam program tersebut isteri beliau, Datin Zuraini Abdul Jabbar, bagi pihak Pergerakan Wanita PBB Asajaya, menyampaikan sumbangan kepada penduduk Kampung Beliong.

Datin Zuraini Abdul Jabbar menyerahkan sumbangan kepada salah seorang penerima sumbangan. 
Sebelum menghadiri program kesedaran keselamatan sungai, Abdul Karim melawat SK Beliong. -@ybkarimsays
  

No comments:

Post a Comment