Wednesday, 27 April 2016

Kampung Tambey kukuh dibelakang Barisan Nasional

April 27, 2016

HIDUP BARISAN NASIONAL!

ASAJAYA: Calon Barisan Nasional untuk DUN Asajaya Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah memulakan kempen untuk pilihanraya negeri di Kampung Tambey pagi tadi.

Dalam ucapannya dihadapan penduduk Kampung Tambey, beliau berkata Kampung Tambey adalah satu tempat yang sesuai untuk memulakan kempennya memandangkan kampung tersebut merupakan salah sebuah kampung yang kukuh berdiri dibelakang Barisan Nasional.


Beliau berkata kekentalan semangat Barisan Nasional dikalangan penduduk kampung sudah tentu akan memberi suntikkan semangat yang amat diperlukan untuk menghadapi pilihanraya negeri.

Selain daripada itu, Abdul Karim turut menggesa penduduk kampung agar berusaha untuk memujuk sanak saudara yang masih berdaftar sebagai pengundi di DUN Asajaya tetapi menetap di luar DUN Asajaya supaya turun mengundi pada Mei 7 kelak.


Beliau mengingatkan hak mengundi adalah satu hak yang patut ditunaikan memandangkan ia mempunyai impek yang besar keatas masa hadapan negeri dan negara.

Turut berucap ialah Ahli Parlimen Kota Samarahan Rubiah Wang dan mantan Ahli DUN Asajaya Dato' Haji Wan Abdul Wahab bin Haji Wan Sanusi. -@ybkarimsays





No comments:

Post a Comment