KUCHING: Golongan penjaja di bazar Ramadan diseru agar menjaga mutu makanan dan minuman yang dijual serta berse-suaian dengan harga ditawarkan.
Menteri Muda Perumahan Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, para penjaja harus mengutama-kan kualiti barangan yang dijual dan bukannya meng-utamakan keuntungan semata-mata.
“Seperti yang dapat kita saksikan, pasar Ramadan tumbuh seperti cendawan sama ada secara besar-besaran mahupun kecil-kecilan.
“Justeru, diharapkan barang-barang dijual adalah bermutu baik, jangan pentingkan keuntungan tetapi pastikan ia bersesuaian dengan harga,” katanya ketika berucap merasmikan Bazar Ramadan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) di Pasar Stutong di sini, semalam.
Hadir sama, Datuk Bandar MBKS Datuk James Chan dan Pengerusi Penganjur Bazar Ramadan MBKS Kaunselor Hariah Idris dan Timbalan Datuk Bandar MBKS Abang Affandi Abang Annuar.
Abdul Karim yang juga Menteri Muda Pembangunan Belia (Bandar) berkata, bazar Ramadan turut mencerminkan perpaduan dan semangat 1Malaysia yang telah lama tersemai di negeri ini.
Katanya, ia dapat diperhatikan pada pengunjung bazar tersebut yang berbilang kaum dan agama.
Sementara itu, Hariah memberitahu, MBKS akan mengedarkan bubur lambuk di bazar tersebut pada 22 Julai ini.
Bazar yang bermula semalam itu akan berlangsung sehingga 7 Ogos, dari jam 3 petang hingga 7.30 malam.
Ia mempunyai 129 tapak jualan dengan 51 daripadanya adalah lauk-pauk, 41 buah menjual kuih-muih dan 18 buah menjual aneka panggang.
No comments:
Post a Comment