Wednesday 3 February 2021

Kerjasama dari semua pihak penting untuk memastikan industri pelancongan kita tidak lumpuh

Penghargaan kepada rakan rakan media yang sudi menerbitkan berita mengenai kenyataan saya tentang jumlah ketibaan pelancong asing dan domestik ke Sarawak yang merosot sebanyak 74.2 % pada tahun 2020 berbanding tempoh yang sama pada tahun 2019.


Berikutan tercetunya pandemik COVID-19 tahun lepas, Sarawak hanya menerima sejumlah 1.199 juta pelancong, berbanding 4.62 juta pelancong pada tahun 2019. Bagi jumlah ketibaan pelancong asing, kita hanya merekodkan sejumlah 363,304 orang tahun lalu berbanding 2,082,444 pelancong pada tahun 2019 dan ini ialah pengurangan sebanyak 82.55 %.

Pada masa yang sama pelancongan domestik pula berkurang kepada 836,568 berbanding 2,579,975 orang dalam tempoh sama dan ini ialah pengurangan sebanyak 65.67 %. Akibat daripada penurunan ketibaan pelancong ke negeri itu, nilai resit pelancongan Sarawak juga telah menurun sebanyak 75.12 % kepada RM2.88 bilion berbanding RM11.57 bilion pada tahun 2019.
Untuk memastikan sektor pelancongan tidak lumpuh, adalah penting untuk semua yang terlibat dalam industri pelancongan untuk terus bekerjasama dengan kerajaan Sarawak dalam mempromosikan produk pelancongan domestik melalui pelbagai kempen. Ini adalah penting dalam menanggani cabaran Covid19 dan supaya kita bersama-sama menyelesaikan permasalahan dihadapi untuk memastikan sektor pelancongan tidak lumpuh.



No comments:

Post a Comment