Saturday, 4 October 2014

Keselamatan Karnival Belia dijamin


KUCHING: Anggota polis akan ditempatkan di sekitar Padang Merdeka sepanjang Program Karnival Belia ‘You Are The 1’ 2014 sebagai jaminan keselamatan kepada para pengunjung khasnya golongan belia.

Perkara itu ditegaskan Menteri Muda Pembangunan Belia, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah yang meminta agar anggota pasukan keselamatan itu tidak mengenakan pakaian seragam sewaktu menjalankan tugas mereka pada program itu kelak.

“Saya sendiri telah memberitahu mereka (pihak polis) bahawa saya tidak mahu melihat ramai dalam kala-ngannya mereka memakai baju seragam polis kerana ia akan menimbulkan rasa kurang senang kepada para pelawat.

“Lebih baik sekiranya mereka bergaul dengan orang ramai dan tidak perlu risau dengan keselamatan sewaktu berada di sana.

“Apatah lagi, sekiranya terdapat muzik, kita tidak boleh menghentikan golo-ngan belia daripada menjadi diri mereka sendiri. Mereka boleh menari,” ujarnya pada sidang media program berkenaan di pejabatnya, semalam.

Beliau berkata, tiada sebarang sekatan jalan raya dilakukan pada hari ber-kenaan, namun kemungkinan beberapa jalan akan ditutup sementara untuk memberi laluan bagi kedatangan tetamu kehormat negeri.

Majlis pembukaan program itu akan dirasmikan oleh Abdul Karim yang akan diiringi konvoi 100 kereta dan motosikal berkuasa besar dan persembahan daripada pemuzik Kementerian Pembangunan Sosial (KPS) dan ‘buskers.’

Program yang berlangsung bermula dari 6 hingga 12 Oktober itu juga bakal menyaksikan Malam Kebudayaan UNIMAS (8 Oktober) dan ‘Imagine Retrowalk World Record Attempt’ pada 11 Oktober.

Abdul Karim berkata, sebelum ini acara berjalan kaki mengundur itu dipegang oleh negara Jerman dengan penyertaan 1,507 peserta pada bulan lepas dan pihaknya berhasrat untuk memecah rekod berkenaan.

“Setakat ini, pihak kita telah menerima lebih daripada 2,000 penyertaan dan kita masih membuka penyertaan di kaunter yang akan dibuka pada jam 6 pagi 11 Oktober di Tebingan Kuching yang akan dirasmi-kan oleh Menteri Muda Pelancongan, Datuk Talib Zulpilip,” jelasnya.

Peringkat separuh akhir pertandingan ‘The One Sara-wak Youth Band Challenge’ (10 Oktober) pula akan menyaksikan 14 kumpulan bertanding untuk memilih enam kumpulan berentap di pertandingan akhir pada 11 Oktober.

Kesemua program me-rupakan anjuran Kelab Sukan Rekreasi 1BFF Pending dengan sokongan Jabatan Ketua Menteri, KPS dan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU).

Majlis penutupan pula akan menyaksikan upa-cara penyampaian hadiah bagi pertandingan ‘Yoyo Ultimate Challege,’ ‘Dota 2 Challege’ dan ‘The One Youth Band Challenge 2014.’

Acara lain yang disedia-kan bagi pengunjung ialah persembahan daripada lapan universiti, persembahan ‘buskers,’ persatuan silat, pameran kereta dan motosikal klasik dan berkuasa besar.

Selain itu, sebanyak 75 gerai dan pameran dibuka sepanjang program mulai jam 12 tengah hari hingga 10 malam.

Pusat media akan disedia-kan dengan perkhidmatan jalur lebar bagi memudahkan kerja bagi para petugas media membuat liputan sepanjang tempoh program itu dijalankan.

Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem bersama isteri masing-masing dijangka hadir bagi memeriahkan program.

Hadir sama Pegawai KPS, Paul Kawin dan Pengarah Pemasaran dan Tajaan Karnival Belia ‘You Are The 1’ 2014 Sutaghani Ahmad Zaidoll.

No comments:

Post a Comment