Monday 10 August 2015

Sepakat membawa kesejahteraan

August 10, 2015

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah memotong riben sambil dibantu isteri beliau Datin Zuraini Abdul Jabar ketika menghadiri Majlis Ramah Tamah Aidilfitri di Kampung Sebandi Ulu.


ASAJAYA: Masyarakat kampung mesti memberi penekanan yang tinggi keatas kesepakatan dikalangan semua ahli masyarakat sekiranya mahukan semua pelan pembangunan dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah memeriksa
minuman yang disediakan oleh salah sebuah 'rumah'
yang menyertai Pertandingan Memasak dan
Keceriaan sempena Majlis Ramah Ramah Aidilfitri.
Menteri Muda Perumahan dan Belia Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dalam ucapan perasmian Majlis Ramah Tamah Aidilfitri di Kampung Sebandi Ulu pada Ahad malam menegaskan proses pembangunan adalah satu proses yang memerlukan perancangan yang berterusan.

Bahkan, tambah beliau lagi, kesepakatan dalam membawa pembangunan bukan sahaja tertumpu kepada dikalangan ahli-ahli masyarakat tetapi juga diantara ahli-ahli masyarakat dan pentadbir dalam kerajaan.

Abdul Karim yang juga merupakan wakil rakyat DUN Asajaya berkata walaupun secara amnya kesepakatan tidak menjadi satu isu yang besar di Kampung Sebandi Ulu memandangkan perpaduan dikalangan ahli-ahli masyarakat kampung agak tinggi tetapi masih ada lagi ruang untuk mengukuhkan perpaduan.

Datin Zuraini Abdul Jabar bertanya tentang
makanan yang disajikan semasa mengunjungi
salah sebuah 'rumah' yang menyertai
Pertandingan Memasak dan Kecerian.
Beliau menambah bukti kepada perpaduan yang tinggi dikalangan ahliahli masyarakat ialah Kampung Sebandi Ulu telah dipilih sebagai Kampung Cemerlang peringkat nasional pada tahun lepas.

"Pada masa yang sama saya amat berharap semangat seperti ini dapat dilihat dalam kampung-kampung yang lain," ujarnya lagi.

Menteri Muda Perumahan dan Belia turut menyentuh mengenai pentingnya semangat kemerdekaan disemai dengan baik dalam sanubari semua rakyat Sarawak.

Beliau menegaskan tanpa kemerdekaan, adalah sukar untuk Bumi Kenyalang mengecapi apa yang mungkin hanyalah merupakan khayalan semata-mata dikalangan generasi dulu.

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan isteri
Datin Zuraini Abdul Jabbar ketika mengunjungi
salah sebuah 'rumah' yang menyertai
Pertaindingan Memasak dan Kecerian.
"Ekoran dari kemerdekaan, ada perubahan yang baik dan mendadak di Sarawak," katanya, sambil menambah jarak perjalanan darat diantara Asajaya dan Kuching semakin dekat apabila jambatan siap dibina kelak.

Beliau menegaskan bukan semua negara bernasib baik untuk mengecapi nikmat kemerdekaan seperti Sarawak.

"Masih ada negara-negara yang sedang dalam peperangan untuk membebaskan diri mereka daripada penjajah," tambah Abdul Karim Rahman.

Pada masa yang sama, beliau menggesa penduduk Kampung Sebandi Ulu agar bijak dalam memilih parti yang diamanahkan untuk mewakili kawasan DUN Asajaya di Dewan Rakyat.

Kumpulan hadrah Kampung Sebandi Ulu
menyambut ketibaan Datuk Abdul Karim
Rahman Hamzah serta isteri Datin Zuraini
Abdul Jabar
Beliau berkata tanpa kepimpinan yang baik, adalah sukar untuk membawa pembangunan yang rancak di Sarawak.

"Saya amat mengkagumi komitmen yang ditunjukkan oleh Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Adenan Satem dalam memperjuangkan pembangunan di Sarawak," tambahnya lagi.

Beliau amat berharap Kampung Sebandi Ulu akan kekal sebagai kubu kuat Barisan Nasional dalam pilihanraya yang akan datang.

Bahkan, ujar beliau lagi, sekiranya mampu dilakukan, biarlah undi untuk Barisan Nasional lebih banyak daripada sebelumnya.

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan isteri
Datin Zuraini Abdul Jabar memberi perhatian
kepada Pegawai Daerah Asajaya Habari Bakar.
Selain daripada itu, Abdul Karim turut menggesa ibu bapa agar mengawasi aktiviti anak-anak mereka termasuk aktiviti pembelajaran.

Beliau memberitahu walaupun masalah sosial sukar untuk diatasi secara total, ibu bapa mampu untuk membendung masalah sosial dikalangan anak-anak muda melalui pengawasan yang efektif.

Abdul Karim berkata pendidikan amat penting kepada anakanak kerana dunia semakin mementingkan pendidikan.

Beliau berkata sekiranya dulu untuk menjawat tinggi dalam kerajaan tidak memerlukan ijazah, keadaan sebaliknya dimasa kini.

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah bersama-sama
para hadirin menadah tangan ketika doa dibacakan
sebelum bermulanya majlis.
Selepas merasmikan majlis, kemudiannya menyampaikan cenderamata kepada para pemimpin NGO-NGO di kampung; dan juga hadiah kepada para pemenang pertandingan bertuntung dan masakan.

Turut hadir ialah isteri Menteri Muda Perumahan dan Belia Datin Zuraimi Abdul Jabar, Pegawai Daerah Asajaya Habari Bakar, Ketua Kampung Jama Baylai dan Guru Besar SK Sebandi Ulu Hasna Jamali.


UPACARA PENYAMPAIAN CENDERAMATA DAN HADIAH






















No comments:

Post a Comment