Monday 31 August 2015

Kemerdekaan tidak membawa sebarang makna sekiranya negara berada dalam kehancuran

August 31, 2015

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!: Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah bersama-sama tetamu jemputan menyanyikan lagu patriotik sejurus sebelum 12 tengahmalam


Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah bersalam
dengan salah seorang tetamu program 
ASAJAYA: Kemerdekaan tidak membawa sebarang makna sekiranya negara berada dalam kehancuran, kata Menteri Muda Perumahan dan Belia Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Beliau berkata rata-rata negara yang kini berada dalam situasi kucar-kacir disebabkan kegagalan negara-negara tersebut ditadbir dengan baik.

"Rakyat memberontak ... dan sehingga sekarang masih kecoh dan (sistem pentadbiran) tidak teratur," kata Abdul Karim ketika merasmikan Program Sambutan Semarak Kemerdekaan Peringkat Daerah Asajaya di Kampung Sebandi Matang semalam.

Konvoi motosikal yang memeriahkan lagi
sambutan kemerdekaan
Beliau kemudiannya berkata perkara sebaliknya berlaku di Sarawak dimana pembangunan pesat berlaku sejak bersama-sama Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak membentuk Malaysia pada 16 September 1963.

"Sejak kita merdeka, negeri kita ditadbir oleh rakyat tempatan ... dan kita membuat keputusan terhadap apa yang kita hendak lakukan," kata Menteri Muda Perumahan dan Belia yang juga merupakan ADUN Asajaya.

Beliau menambah dalam tempoh yang agak singkat Sarawak telah menikmati pembangunan.


Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah memberi
ucapan perasmian program
"Mungkin anak-anak muda tidak merasai (kenikmatan dari kemerdekaan) kerana apabila mereka dilahirkan, kemudahan awam telah sedia ada (hasil dari pembangunan).

"Tetapi hakikatnya, semua ini tidak terjadi begitu sahaja tanpa usaha dan pembiayiaan yang mencukupi," katanya sambil menambah Kampung Sebandi Matang adalah salah sebuah kampung di Sarawak yang merasai pembangunan hasil dari kemerdekaan yang diperolehi oleh Sarawak.

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah memeluk
penerima anugerah Jasa Dikenang
Abdul Karim kemudiannya menegaskan pengertian sebenar kemerdekaan patut disemai dalam jiwa anak-anak muda agar mereka menolak sebarang usaha untuk mengkucar-kacirkan suasana harmoni yang telah sekian lama wujud di Sarawak, khasnya, dan Malaysia, amnya.

Beliau mengakui bahawa ada kalanya beliau merasa sedih bila mendengar ada usaha untuk mencemar sambutan kemerdekaan oleh sesetengah pihak.

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah memeluk
penerima anugerah Jasa Dikenang
ADUN Asajaya menegaskan tarikh sambutan kemerdekaan bukanlah satu isu yang besar sehinggakan rakyat bercakaran antara satu sama lain.

Dengan sinisnya Abdul Karim memberitahu, sekiranya setiap 52 negeri yang membentuk Amerika Syarikat enggan menerima tarikh Julai 4 sebagai tarikh simbolik untuk kemerdekaan, negara tersebut akan mengalami kehancuran.


Beliau menambah tarikh 31 Ogos sebenarnya telah dipersetujui oleh pemimpin-pemimpin Tanah Malaya, Sarawak dan Sabah sebagai tarikh untuk membentuk Malaysia. 

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah,
Puan Rabiah Wang, tetamu-tetamu jemputan
dan para hadirin yang menghadiri program
Malangnya, ujar beliau lagi, usaha untuk membentuk Malaysia telah mendapat tentangan daripada negara-negara jiran yang merasakan mereka lebih berhak untuk mendapatkan Sarawak dan Sabah sebagai wilayah dibawah penguasaan mereka.

Atas sebab itu, kata beliau, Malaysia gagal dibentuk pada tarikh tersebut kerana rundingan terpaksa diadakan dengan negara-negara yang terbabit.

Sebahagian daripada para hadirin
Walau bagaimanapun, tambah Abdul Karim, apa yang lebih penting daripada polemik mengenai tarikh kemerdekaan yang sebenar untuk Malaysia ialah kemerdekaan yang dikecapi oleh Malaysia.

"Memang diakui bahawa tarikh kemerdekaan penting tetapi tidak sepenting kemerdekaan yang kita kecapi," ujar beliau.

Sebahagian daripada para hadirin
Menteri Muda Perumahan dan Belia kemudiannya menggesa rakyat Sarawak agar tidak terikut-ikut dengan hasutan pembangkang yang berusaha untuk mengucar-kacirkan negara.

Menyentuh mengenai semangat kemerdekaan yang tinggi yang ditunjukkan oleh penduduk Kampung Sebandi Matang, Abdul Karim berkata beliau merasa bangga.

"Harapan saya untuk rakyat Samarahan, terutamanya belia, ialah jagalah kemerdekaan sebaik-baiknya."

Turut hadir ialah Puan Rubiah Wang yang merupaka Ahli Parlimen Kota Samarahan.

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan para hadirin  program

Sebahagian daripada para peserta pertandingan koir


Upacara Penyampaian Anugerah Jasa Dikenang






MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
(Aktiviti-aktiviti sejurus sebelum dan selepas detik 12 tengah malam)

Menyanyi lagu kebangsaan dan patriotik






Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan Puan Rubiah Wang bersama-sama hadirin menyaksikan pertunjukkan bunga api

Pertandingan Koir Berkumpulan








Upacara Penyampaian Hadiah (Cabutan Bertuah dan Pertandingan)

















No comments:

Post a Comment