KUCHING: Majlis Daerah Samarahan (MDS) melangkah lebih ke hadapan berbanding Majlis Daerah di kawasan lain.
Menteri Muda Perumahan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata perlantikan penganalisis politik, Datuk Peter Minos sebagai Walikota yang baharu memiliki kesinambungan dengan pembangunan kawasan Samarahan.
"Walaupun MDS menghadapi kesulitan dari segi kekurangan kakitangan, namun MDS dilihat telah berjaya mengendalikan kepesatan Samarahan selari dengan pertumbuhan prasarananya," katanya.
Menurutnya, kawasan Samarahan adalah kawasan yang paling cepat sekali melalui proses pembangunan kerana suatu masa dahulu ia dikenali sebagai kawasan pinggir bandar yang terpencil.
"Kalau kita lihat pembangunan Samarahan sekarang ini ia adalah suatu kejayaan yang kita semua tidak jangka dengan pertumbuhan perumahan dan kawasan ini juga telah dikenali sebagai hab universiti," ujarnya.
Jelas Abdul Karim, MDS sedang dalam proses peringkat akhir bagi menaik taraf pelaksanaan menjadi Majlis Perbandaran Samarahan (MPS).
"Proses itu termasuklah menambah kuota kakitangannya, supaya kesediaan MDS lebih sistematik untuk berkhidmat sebagai MPS kelak," jelasnya.
Katanya, pengurusan MDS yang sangat teratur dan berwibawa terhadap pertambahan populasi penduduk dan pertumbuhan prasarana yang sangat rancak.
"Harapan saya kepada mereka yang diamanahkan menjalankan tanggungawab dalam MDS, askan menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan lebih baik," katanya.
Abdul Karim memberitahu, terutama masalah sosial akan timbul di kawasan yang membangun seperti di perumahan dan rumah kedai.
"Samarahan merupakan kawasan yang sangat bertenaga dan bersemangat ketika proses pembangunan apabila turut dibina jaringannya kepada kawasan-kawasan lain," ujarnya.
Jelas Abdul Karim, jambatan Samarahan menyeberangi menghubungkan kawasan-kawasan lain dan jambatan Sadong Jaya sedang dalam proses pembinaan.
"Apabila jambatana-jambatan ini siap nanti, masa akan lebih pendek dan memudahkan perjalanan untuk penduduk di kawasan itu sampai ke pusat bandar," jelasnya.
Menurutnya, pembangunan prasarana dan perkembangan populasi di kawasan bawah seliaan MDS memerlukan seorang walikota yang berpengalaman.
"Perlantikan Walikota hari ini akan membantu kaunselor dan setiausaha majlis daerah serta kakitangan lain untuk merancang perubahan dan proses pembangunan daerah ini dengan lebih baik," ujarnya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Angkat Sumpah Walikota Majlis Daerah Samarahan (MDS) di Hotel Imperial di sini semalam.
Abdul Karim yang juga Menteri Muda Pembangunan Belia (Bandar) menjadi saksi acara lafaz ikrar dan upacara menandatangani perlantikkan Datuk Peter Minos sebagai Walikota MDS.
No comments:
Post a Comment