August 31, 2015
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!: Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah bersama-sama tetamu jemputan menyanyikan lagu patriotik sejurus sebelum 12 tengahmalam |
Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah bersalam dengan salah seorang tetamu program |
Beliau berkata rata-rata negara yang kini berada dalam situasi kucar-kacir disebabkan kegagalan negara-negara tersebut ditadbir dengan baik.
"Rakyat memberontak ... dan sehingga sekarang masih kecoh dan (sistem pentadbiran) tidak teratur," kata Abdul Karim ketika merasmikan Program Sambutan Semarak Kemerdekaan Peringkat Daerah Asajaya di Kampung Sebandi Matang semalam.
Konvoi motosikal yang memeriahkan lagi sambutan kemerdekaan |
"Sejak kita merdeka, negeri kita ditadbir oleh rakyat tempatan ... dan kita membuat keputusan terhadap apa yang kita hendak lakukan," kata Menteri Muda Perumahan dan Belia yang juga merupakan ADUN Asajaya.
Beliau menambah dalam tempoh yang agak singkat Sarawak telah menikmati pembangunan.