Thursday, 10 January 2013

Pembinaan rumah di Bintulu atasi harga, sewa tinggi

January 10, 2013

KUCHING: Projek-projek pembinaan rumah oleh kerajaan di kawasan Bintulu bertujuan antara lain meng-atasi masalah harga dan sewa rumah yang tinggi.

Menteri Muda Perumahan Abdul Karim Rahman Hamzah berkata justeru kerajaan berharap dapat mengurangkan beban kewangan dirasai golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Sambil memberitahu harga dan sewa rumah dimajukan oleh swasta adalah di luar kawalan kerajaan, beliau berkata kadar tersebut bergantung kepada permintaan dan pengeluaran.

Beliau menjelaskan, Bintulu merupakan kawasan pesat membangun dengan pelaksanaan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) justeru permintaan rumah untuk dibeli dan di-sewa adalah tinggi.

“Kita mengakui di Bintulu harga jualan dan sewa rumah adalah tertinggi di Sarawak dan ini menunjukkan pembangunan pesat bandar Bintulu ekoran projek SCORE.

“Penduduk Bintulu dan rakyat Sarawak dapat melihat bagaimana Bintulu begitu pesat membangun dalam 10 tahun kebelakangan ini,” katanya ketika dihubungi kelmarin bagi mengulas isu diutarakan PAS Bintulu di ruangan Facebook baru-baru ini.

Antara lain, PAS Bintulu mendakwa harga rumah teres tengah dua tingkat dijual sekitar RM380,000 dan ke atas manakala sewa rumah RM1,000 dan ke atas.

Sambil menambah pembangunan pesat itu sebagai sebahagian daripada kesan perancangan Politik Pembangunan oleh Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan Barisan Nasional (BN), Abdul Karim memberitahu masalah harga dan sewa rumah yang tinggi memang disedari kerajaan.

“Untuk menangani ke-naikan harga dan sewa rumah di Bintulu, kerajaan telah merancang banyak program perumahan rakyat sama ada untuk dijual atau disewa,” ujarnya.

Menurutnya, pada Isnin lepas Menteri Perumahan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berada di Bintulu untuk meninjau projek perumahan Program Perumahan Rakyat di Kemena.

Hari berikutnya, Abang Johari katanya meninjau projek Rumah Mampu Milik di Kidurong.

“Semua ini adalah usaha kerajaan untuk meringankan beban rakyat untuk memiliki rumah di Bintulu,” katanya.
  

No comments:

Post a Comment