Saturday, 5 January 2013

Perhimpunan bukti PR makin terdesak

by Rusnan Mustafa. 

“Apa lagi yang mereka nak utarakan adakah ini yang dimegahkan sebagai demokrasi ala PR atau ini cara budaya yang mahu diketengahkan oleh PR sebagai cara menyua-rakan rintihan dan masalah.” - Yang Berhormat Tuan Haji Abdul Karim Rahman Hamzah 

Abdullah, Karim sifatkan pembangkang sudah ketandusan idea raih sokongan

KUCHING: Tindakan Pakatan Rakyat (PR) meng-anjurkan perhimpunan aman di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur yang dijadualkan pada 12 Januari ini disifatkan ketandusan idea untuk meraih sokongan rakyat di negara ini.

Ketua Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Abdullah Saidol berkata, pihak pembangkang sudah ber-ada dalam keadaan terdesak kerana banyak pembohongan dan putar belit mereka sudah menjerut leher mereka sendiri.

“Saya kurang yakin dengan janji mereka untuk berhimpun secara aman kerana telah terbukti pada masa yang lepas, apabila mereka hanya berniat untuk menghuru-hara negara demi kerakusan mereka untuk merampas kuasa politik secara kasar dan biadap,” katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Utusan Borneo semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan PR yang merancang untuk menganjurkan perhimpunan di Stadium Merdeka Kuala Lumpur pada 12 Januari ini.

Oleh itu, beliau menggesa rakyat yang mahu mengekalkan kestabilan, keamanan dan keharmonian negara menolak cara dan budaya yang tidak bertamadun itu.

“Kita harus tolak budaya politik kasar dan biadap yang diamal oleh pembangkang ini, ia bukan cara dan budaya kita untuk menyelesaikan masalah kerana kita ada kesopanan dan kesusilaan,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop dan Presiden Kelab Penyokong BN Sarawak.

Kehidupan rakyat di negara ini khasnya di Sarawak yang sudah lama hidup secara bertolak ansur, memahami dan kesefahaman antara satu sama lain, Abdullah memberitahu kedaulatan negara harus dijaga demi menjaga keakraban masyarakat majmuk negara ini.

Sementara itu, Menteri Muda Pembangunan Belia (Bandar) Abdul Karim Rahman Hamzah berharap rakyat Sarawak khususnya para belia tidak terikut budaya songsang itu.

“Saya berharap belia dan rakyat Sarawak waras dan tidak terikut budaya ini… ini budaya barat dan tidak serasi dengan budaya timur.

“Apa lagi yang mereka nak utarakan adakah ini yang dimegahkan sebagai demokrasi ala PR atau ini cara budaya yang mahu diketengahkan oleh PR sebagai cara menyua-rakan rintihan dan masalah,” tegasnya.

Pada masa yang sama, Ka-rim turut menyifatkan tindakan pembangkang menganjurkan perhimpunan didakwa aman itu satu langkah terdesak kerana menemui jalan buntu untuk meraih sokongan rakyat di negara ini.

“Berapa banyak lagi perhimpunan nak diadakan oleh PR atau NGO-NGO di bawah mereka tak habis-habis perhimpunan dan demonstrasi, rakyat sudah muak dengan semua ini sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas dan kesulitan,” ujarnya.

No comments:

Post a Comment