Thursday, 21 March 2019

Jangan runtuhkan GPS, jika cintai Sarawak- Abdul Karim


Abdul Karim menerima cenderamata daripada Morshidi (dua kiri) dan disaksikan Fazzrudin (dua kanan) serta yang lain selepas majlis.
KUCHING: Individu atau pihak yang boleh merosakkan atau menghalang kemajuan dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS) perlu memikirkan tindakan mereka.

Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, ia kerana mereka yang mencintai negeri ini, sudah pasti tidak mahu melihat GPS runtuh.

"Jika ada yang telah melakukan apa sahaja yang anda rasakan boleh merosakkan dan tidak membawa kemajuan kepada GPS, betulkan apa yang anda lakukan itu.

Sarawak Visitor’s Guide
"Ini kerana bagi mana-mana antara kita yang mencintai Sarawak, kita tidak mahu GPS runtuh," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Penutupan Bengkel Kejiranan Selamat 2019 di sini, hari ini.

Majlis anjuran Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) itu turut dihadiri Pengarah DBKU Morshidi Ahmad dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Fazzrudin Abdul Rahman.

Semalam, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, kerajaan negeri pimpinan GPS tidak mahu ada musuh dalam selimut atau pengkhianat di dalam parti itu yang boleh menjejaskan usahanya memperjuangkan hak-hak rakyat Sarawak.

Katanya, beliau tidak mahu ada pengkhianat yang disifatkannya sebagai ‘anai-anai’ dalam GPS sekali gus ‘memakan’ parti itu dari dalam.

Abdul Karim berkata beliau tidak dapat mengulas lanjut mengenai 'anai-anai' yang dinyatakan itu tetapi apa yang penting adalah perlu melihat bagaimana 'anai-anai' berkenaan bekerja memandangkan mereka boleh membawa kepada kemusnahan.

"Anai-anai adalah serangga yang sangat kecil dan jika dibiarkan tanpa dibuat pemeriksaan, ia mampu meruntuhkan sebuah rumah.

"Bagi mereka yang menjadi 'anai-anai' ini adalah lebih baik anda memikirkan masa depan Sarawak," tegasnya. -UtusanBorneo

No comments:

Post a Comment