Wednesday 25 February 2015

Ubat batuk 'dadah murah'


KETAGIH ... Ubat batuk dan selsema dikenal pasti sebagai 'dada murah' yang menjadi tumpuan penagih dadah kurang berkemampuan.

KUCHING: Ubat batuk dan selesema dikenalpasti sebagai 'dadah murah' yang menjadi tumpuan penagih dadah daripada kalangan orang kurang berkemampuan.

Pengerusi Dadah Malaysia (PEMADAM) Sarawak Datuk Haji Abdul Karim Rahman Hamzah mendedah perkara itu kerana, pengambilan dan pembelian kedua-dua ubat berkenaan dilakukan tanpa pengawasan yang ketat.

"Kedua-dua ubat ini boleh didapati dengan mudah di kedai-kedai ubat dan farmasi.

Orang kurang berkemampuan yang menjadi penagih tetapi tidak mampu membeli dadah seperti syabu, ganja, heroin sebagainya akan membeli ubat batuk dan selesema itu bagi melepaskan rasa ketagih.

"Ini kerana pengambilan ubat batuk dan selesema yang berlebihan boleh menyebabkan individu berkenaan berkhayal, seterusnya ketagih," tegasnya ketika dalam sidan media di sini, hari ini.

Menurut Karim, mestipun, 'keseronokkan dadah murah' tersebut agak kurang berbanding dadah lain, namun ia menjadi sumber dadah utama kepada penagih kurang berkemampuan.

"Sebenarnya, undang-undang memang dikenakan terhadap penjualan kedua-dua ubat berkenaan di pusat-pusat farmasi dan kedai ubat, namun ia tidak tegas dan terdapat juga pusat mengabaikan undang-undang berkenaan," jelasnya.

Menteri Muda Pembangunan Belia (Bandar) itu menambah, salah satu pendekatan untuk membendung penjualan kedua-dua ubat berkenaan ialah melalui penguatkuasaan undang-undang.

"Kementerian berkaitan harus membentang undang-undang yang lebih tegas terutamanya yang melibatkan pusat-pusat farmasi yang menjual perlbagai jenis ubatan ini," ujarnya.

Jelasnya, undang-undang bagaimanapun harus dibentang dan mendapat kelulusan di peringkat parlimen kerana pengubalan sesuatu undang-undang dibuat oleh Kerajaan Pusat. 

Justeru, Karim tidak menolak kemungkinan bahawa fokus ustama keapda jenayah berat menyebabkan isu dadah murah kurang mendapat tumpuan daripada pihak berkuasa.

Hadir sama Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sarawak, Supt Lukas Aket dan Pengarah Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK) Sarawak Wan Madihi Wan Salleh.
  

No comments:

Post a Comment