Wednesday, 26 April 2017

Program Tranformasi Belia penting untuk tangani budaya kuning

April 26, 2017

(Gambar ihsan peserta)
ASAJAYA: Menteri Muda Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menyifatkan Program Transformasi Belia yang diadakan di Dewan SMK Asajaya baru-baru ini sebagai satu usaha penting untuk membantu belia menangani pengaruh budaya kuning.

Beliau yakin para peserta telah mendapat banyak input-input yang berguna ketika menyertai program tersebut.

Abdul Karim, ketika sesi soal jawab dengan para peserta program, telah berkongsi banyak maklumat-maklumat terkini mengenai usaha untuk membangunkan Asajaya dalam pelbagai aspek.

(Gambar ihsan peserta.)
Antara lain, beliau menyentuh hal kemudahan internet di SMK Asajaya dan SMK Hajah Laila Taib yang kini sedang dalam proses meningkatkan capaian dan kelajuan.

Beliau juga turut menyentuh tentang program baikpulih infrastruktur yang dibuat secara berperingkat.

Program Transformasi Belia diadakan selama tiga hari dua malam bermula pada Jumaat lepas.


(Gambar ihsan peserta.)
Ia dianjurkan oleh Kementerian Belia, Sukan dan Solidariti dengan kerjasama SABERKAS dan Pergerakkan Pemuda PBB Cawangan N15 Asajaya.

(Gambar ihsan peserta.)
Seramai 208 belia menyertai program tersebut. -@ybkarimsays

No comments:

Post a Comment