Sunday 30 April 2017

Program pembangunan insan tiada titik noktah

April 29, 2017

Untuk Kenangan: Bergambar selepas selesai majlis pelancaran.

ASAJAYA: Menteri Muda Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata Kerajaan Negeri akan sentiasa memberi penekanan keatas pembangunan insan kerana ianya akan secara langsung atau tidak langsung akan memberi kesan positif keatas aspek-aspek lain yang berkaitan.

Beliau menegaskan apa jua usaha untuk mengubah minda masyarakat kearah kebaikkan tidak akan tercapai sekiranya individu-individu yang terbabit tidak memberi respon yang positif keatas usaha tersebut.


"Perubahan dan perancangan untuk membangunkan insan dan juga komuniti perlu dijalankan berterusan.

"Mungkin tidak titik noktah untuk perancangan bagi pembangunan seperti ini," kata beliau ketika berucap di majlis pelancaran Program Pemerkasaan Keluarga dan Komuniti (FACE) Fasa 2 di Komplek Sukan Asajaya petang tadi.

Abdul Karim kemudiannya menambah: "Sekiranya kita hendak memperkasakan keluarga dan juga komuniti, kita memerlukan permerkasaan insan juga."

Beliau selanjutnya menggesa ibu bapa dan anggota masyarakat agar sentiasa bersikap terbuka terhadap usaha-usaha pembangunan insan kerana ianya akan mendatangkan kesan yang positif terhadap kehidupan mereka.


Majlis pelancaran tersebut dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti Datuk Seri Rohani Karim.

Dalam majlis tersebut, para hadirin dimaklumkan bahawa Indeks Kesejahteaan Keluarga untuk Kampung Asajaya - Kampung Asajaya Ulu, Kampung Asajaya Tengah dan Kampung Asajaya Laut - pada tahun ini ialah secara puratanya 7.21.

Nilai IKK maksimum ialah 10.


Kaji selidik IKK telah dilakukan pada bulan Mac tahun lepas dan membabitkan seramai 400 orang reponden.

Responden ditanya mengenai lapan perkara - hubungan keluarga, keluarga dan komuniti, ekonomi keluarga, keselamatan, kesihatan keluarga, agama dan keluarga, perumahan dan alam sekitar, dan keluarga dan teknologi.

Kaji selidik IKK juga mendapati sebanyak 43.5 peratus remaja merokok, 13 peratus remaja ponteng sekolah dan 13 peratus remaja berjudi.

Selain daripada itu, kaji selidik tersebut juga mendapati isu bekalan air bersih mendapat perhatian yang tinggi daripada responden, iaitu sebanyak 26.5 peratus.


Manakala isu pemungutan sampah mendapat 16.8 peratus dan isu pengangkutan awam sebanyak 13.5 peratus.

Kampung Asajaya Ulu, Kampung Asajaya Laut dan Kampung Asajaya Tengah dipilih untuk menyertai program FACE yang membabitkan 19 kominiti diseluruh negara.

Program tersebut bertujuan untuk membantu memperkasakan keluarga dan komuniti. -@ybkarimsays

No comments:

Post a Comment