Sunday 2 April 2017

Pujian untuk Pergerakkan Pemuda PBB Asajaya berusaha bendung budaya tidak sihat

April 02, 2017

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah bergambar bersama-sama pemenang pertandingan bina badan untuk kategori 171 cm ke atas.

ASAJAYA: Pergerakkan Pemuda PBB N.15 Asajaya memainkan peranan penting dalam membimbing belia Asajaya agar tidak terpengaruh dengan budaya yang tidak sihat.

Menteri Muda Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata demikian ketika merasmikan penutupan Karnival Pemuda PBB N.15 Asajaya di sini petang tadi.

Beliau menambah, pendekatan yang diambil oleh Pergerakkan Pemuda PBB N.15 Asajaya amat bersesuaian dengan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh belia Asajaya masakini.

Dalam ucapan perasmian penutupan, beliau berkata semua pihak sudah sedia maklum cabaran-cabaran yang dihadapi oleh belia amat banyak.

Beliau selanjutnya berkata, perubahan positif yang berlaku didalam dan disekeliling masyarakat Asajaya membawa bersama cabaran-cabaran yang mungkin sebelum ini tidak pernah berlaku dalam komuniti Asajaya.

Atas sebab ini, "semua pemimpin dalam kampung, termasuk ibu bapa, dan juga jabatan kerajaan", mesti memain peranan untuk memastikan belia Asajaya hanya membabitkan diri mereka dalam aktiviti-aktiviti sihat, kata Abdul Karim.

Menteri Muda Belia dan Sukan selanjutnya menggesa lebih banyak aktiviti-aktiviti diadakan yang mampu membantu belia Asajaya meningkatkan tahap keupayaan mereka untuk bersaing dalam bidang-bidang diceburi mereka.

"Sekiranya (belia) kita tidak ada keupayaan yang tinggi, sukar (belia) kita nak bersaing.

"(Oleh itu), (Pergerakkan) Wanita dan Pemuda (PBB N.15 Asajaya) mesti sentiasa berusaha untuk memperbaiki keupayaan mereka," kata beliau lagi.

Beliau mengakhiri ucapan dengan berkata belia yang berjaya akan menjadi kebanggaan semua pihak di Asajaya.

Turut hadir dalam majlis penutupan ialah Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sarawak Buang Bolhasan, Temenggong Chik, Timbalan Ketua Cawangan PBB N.15 Asajaya Ton Bujang, Bendahari PBB N.15 Asajaya Pawi Samad dan Ketua Pergerakkan Pemuda N.15 Asajaya Awg Mohd Jelan Awg Sijo.
  

No comments:

Post a Comment