Sunday, 23 April 2017

Biadab, kurang ajar, tidak sensitif – Karim Hamzah

April 23, 2017


KUCHING: “Sungguh biadab dan kurang ajar. Tidak sensitif.

“Saya hairan bagaimana dia ini boleh diambil bekerja dalam bidang media ini?

“Mempersendakan nama seseorang amatlah tidak baik dan kurang bertamadun.

Itu luahan perasaan Menteri Muda Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah susulan tindakan sebuah rancangan tv mempersenda pelari pecut negara, Watson Nyambek malam tadi.

Dalam rancangan parodi tersebut, pengacara Azizul Ammar secara dua kali mempersenda nama mendiang bapa Watson, Nyambek umpama “kambing”.

Sedutan video tersebut kemudian menjadi tular dan netizen terutamanya dari Sarawak menyerang balas dengan mengutuk penerbitan tersebut.

Karim yang nyata kecewa dengan perbuatan tidak bertanggungjawab itu kemudian menyarankan pihak terbabit memohon maaf secara terbuka.

“Harap stesen televisyen dan pengacara ini memohon maaf kepada Watson dan keluarga beliau.”

Bagi seorang lagi wakil rakyat Sarawak, Fazruddin Abdul Rahman, tindakan itu dianggap sebagai kurang bijak.

Dalam muat naik status facebooknya, beliau menyindir: “Kata diriknya lawak.. tapi kurang bijak..sa bes kata urg swak.. tenang jak Watson Nyambek!” – Sarawakvoice

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.