Wednesday 5 April 2017

Karim gesa kepimpinan lama beri ruang dan peluang kepada muka baru

April 05, 2017

Barisan kepimpinan Saberkas cawangan Asajaya yang dipengerusikan oleh Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah

ASAJAYA: Menteri Muda Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menggesa pemimpin-pemimpin NGO belia agar memberi ruang dan peluang kepada muka-muka baru untuk menjadi pemimpin.

"Jangan lokek untuk memberi ruang dan peluang kepada muka baru untuk memimpin persatuan belia," kata beliau ketika berucap di Mesyuarat Agung Tri-Tahunan Saberkas cawangan Asajaya pagi tadi.


Beliau selanjutnya berkata, pada masa yang sama perlu ada muka-muka baru dalam NGO belia yang "berpotensi utk menjadi pemimpin pelapis kepada pemimpin yang sedia ada".

Selain itu, beliau menyarankan belia-belia di Asajaya supaya pro-aktif dalam apa jua bidang yang diceburi.

Abdul Karim juga berharap ahli jawatankuasa Saberkas cawangan Asajaya yang dilantik dan dipilih dapat menjalankan tugas dengan baik dan efisien.


Beliau juga menzahirkan harapan jawatankuasa Saberkas cawangan Asajaya akan memberi sesuatu fenomena baru utk Asajaya dalam aspek pembangunan belia.

Abdul Karim dipilih sebagai pengerusi untuk tempoh 2017-19 dalam mesyuarat tersebut.

Sementara itu, jawatan Timbalan Pengerusi I dan II disandang oleh Bolhassan Mohamad dan Malim Dubi.

Untuk jawatan Setiausaha, ia disandang oleh Drahman Dobi.

Beliau akan dibantu oleh Khaimi Dan dan Zaini Dillah yang masing-masing menyandang jawatan Penolong Setiausaha I dan II.

Nur Shazmiera Sulong, Nursyahidatul Syafika Edi, Mohd Taufik Jawa dan Nazri Boseman telah dipilih sebagai ahli-ahli jawatankuasa.

Mesyuarat tersebut telah diadakan di Kompleks Sukan Asajaya dan dihadiri kira-kira 60 ahli Saberkas Asajaya.

Turut hadir ialah Setiausaha Eksekutif Saberkas Negeri Iszuan Haroni yang bertindak sebagai penyelaras mesyuarat. -@ybkarimsays

No comments:

Post a Comment