Thursday 7 February 2013

Tilawah al-Quran Asajaya 2013

February 7, 2013

UNTUK KENANGAN... Para pemenang bergambar kenangan bersama tetamu jemputan sebaik
sahaja selesai majlis penyampaian hadiah.

PESERTA pilihan tidak berdepan masalah me-nguasai tempat teratas kategori berbeza pada Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Asajaya 2013 yang melabuhkan tirainya di Dewan Masyarakat Kampung Sebandi Matang, Asajaya malam kelmarin.

Kategori Qari, johan milik Jubni Sulong dengan memperolehi 86 peratus sekali gus mengenepikan dua pencabar-nya iaitu Kepli Suut ditempat kedua dan Awang Azid Awang Yusup yang masing-masing memperolehi 79 peratus catatan mata.

Dalam pada itu, kehebatan Fasihah Haji Arpa nyata sukar ditandingi apabila mengungguli kategori Qariah dengan meraih 79 mata keseluruhan.

Manakala dua lagi pencabarnya iaitu Sofiah Seman dan Siti Jamilah Abdul Rahman masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga apabila sekadar mampu me-raih 77 dan 76 peratus mata keseluruhan. Sementara itu, bagi pertan-dingan nasyid kategori tradisi.

Juara milik kumpulan Qai-sara dengan memperolehi 82 peratus. Naib juara kategori tersebut milik kumpulan Suara Felcra Sadong Jaya yang meraih 76 peratus mata keseluruhan.

Berbanding kumpulan Bufana-Bufana ditempat ketiga de-ngan 72 peratus mata diperoleh. Begitupun, berbeza situasi yang berlaku dalam kategori nasyid moden apabila me-nyaksikan pilihan popular iaitu kumpulan Qaisara terus unggul di tempat pertama dengan 74 peratus mata diperolehinya.

Selain itu, kumpulan Nurkasih ditempat kedua dengan 63 peratus mata diperoleh. Sambil kumpulan Nuriman di tempat ketiga yang sekadar berpuas hati dengan 60 peratus mata diperolehi. Kesemua pemenang ma-sing-masing menerima wang tunai, piala beserta sijil.

Hadiah kepada semua yang berjaya disampaikan dua tetamu jemputan khas iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.14 Asajaya, Haji Abdul Karim Rahman Hamzah dan ADUN N.20 Sadong Jaya, Ir Aidel Lariwoo.

Hadir sama pada majlis tersebut, Residen Bahagian Samarahan, Haji Ismail Haji Mohd. Hanis, Pegawai Da-erah Asajaya, Puan Rubiah Haji Wang, Temenggong Haji Chek Bujang serta ketua-ketua masyarakat sekitar kawasan terbabit.

Haji Abdul Karim dalam ucapannya melahir rasa gembira penganjuran program tersebut kerana secara tidak langsung dapat mengetengahkan bakat peserta terlibat.

“Satu pendekatan yang amat baik dengan adanya penganjuran program ini kerana ia dapat member peluang kepada peserta terlibat mengetengah bakat masing-masing,” kata-nya sambil mengucap syabas kepada peserta berjaya.

Karim berkata, perlaksanaan program tersebut sekali gus dapat menggambarkan wujud jalinan kerjasama semua pi-hak.

Tegas beliau, perubahan si-tuasi tersebut amat ketara de-ngan melihat kelancaran penganjuran program berkenaan.

“Sikap kerjasama yang terbentuk penyumbang kejayaan penganjuran program ini dan seharusnya dikekalkan pada masa akan datang,” jelas beliau. Sementara itu, Puan Rubiah pula kagum dengan kerjasama yang diberikan semua pihak menjayakan program tersebut.

“Terima kasih kepada semua pihak atas kerjasama diberikan bagi memastikan program ini lancar,” jelas Rubiah.
   

No comments:

Post a Comment