Monday, 1 February 2016

Chong sarat dengan imaginasi politik jahat

February 1, 2016

Dakwaan kononnya Adenan pengaruhi SPR berhubung tarikh PRN satu lagi cubaan burukkan populariti KM

KUCHING: Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak Chong Chieng Jen berniat jahat apabila beiau mendakwa Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem mempengaruhi SPR berhubung tarikh PRN, kata Ahli Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah,

Tambah beliau lagi, dakwaan Chong itu menunjukkan betapa kerdil dan mengarutnya Ahli Parlimen Bandar Kuching merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa itu.

“Chong hanya menggembar-gemburkan perkara yang kecil. Ketua Menteri (Adenan) hanya mencadangkan tarikh penamaan calon dan hari mengundi untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang iaitu pada 18 April dan 30 April masing-masing.


“Sudah tentu Chong tahu apa itu ‘cadangan’?. Sama ada SPR akan menerima tarikh-tarikh itu, terpulang kepada suruhanjaya tersebut, tetapi jika mereka bersetuju tidak bermakna Ketua Menteri mengawal SPR seperti didakwa Chong,” katanya kepada UtusanBorneo.

Chong tegasnya, harus berterima kasih kepada Ketua Menteri (Adenan) kerana mendedahkan tarikh-tarikh penting itu, kerana ia melenyapkan semua spekulasi dan membolehkan semua parti membuat persiapan menghadapi PRN akan datang, sama ada parti pembangkang atau Barisan Nasional (BN).

“Sudah pasti, Chong tahu perkara seperti ini tidak pernah dilakukan sebelum ini dan saya yakin Adenan melakukannya untuk memberi peluang kepada semua parti mempunyai masa yang munasabah untuk mempersiapkan diri menghadapi pilihan raya, bukannya meraba-raba dalam gelap,” tambahnya.

Abdul Karim menegaskan bahawa Chong sepatutnya berterima kasih kepada Ketua Menteri kerana ‘adil’ kepada semua dan tidak bersikap pilih kasih seperti Chong.

“Ini jelas menunjukkan Chong hanya bermain politik kotor. Beliau akan mengutuk, mengkritik dan membuat tuduhan bodoh ke atas apa jua yang dilakukan BN sama ada munasabah atau sebaliknya,” tegasnya. -@ybkarimsays
  

No comments:

Post a Comment