Sunday 7 February 2016

Seni silat mungkin perlu anjakan paradigma

February 07, 2016

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah meyaksikan persembahan silat oleh seorang ahli RSS. Disebelah kiri beliau ialah Presiden RSS Tuan Haji Muhd Haneef Ali.
Seorang ahli RSS mempersembahkan
seni silat ketika menyambut ketibaan
Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.
KUCHING: Seni silat mungkin memerlukan anjakan paradigma untuk menarik minat generasi muda mempelajarinya.

Menteri Muda Pembangunan Belia (Bandar) Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata demikian ketika merasmikan Majlis Muzakarah Guru-Guru, Pemimpin dan Jurulatih Kanan Silat RSS Zon Selatan 2016 di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak semalam.

Beliau berkata ada banyak faktor yang perlu diambil kira oleh pengamal seni silat dalam usaha untuk mengetengahkan seni silat dikalangan generasi muda.

Datuk Karim Rahman Hamzah dan
Tuan Haji Muhd Haneef Ali di majlis
perasmian
Antara lain, ujar Abdul Karim, faktor kaedah pengajaran mungkin perlu dinilai semula agar bersesuaian dengan perubahan masa.

Beliau juga menyentuh tentang faktor ekonomi yang mungkin mempengaruhi motivasi tenaga pengajar seni silat.

Menteri Muda kemudiannya memuji usaha untuk mengumpul para pengamal seni silat dibawah satu bunbung untuk berbincang dan mengambil kata sepakat mengenai seni silat.

Beliau menegaskan masa depan seni silat amat bergantung dengan usaha para pengamal seni silat, dan bukannya pihak lain.

Pada masa yang sama, Abdul Karim menyeru para pengamal seni silat agar membantu usaha-usaha
murni untuk mengekalkan dan seterusnya mengukuhkan lagi perpaduan masyarakat berbilang bangsa dan kaum di Sarawak.

Selepas merasmikan majlis, Abdul Karim menyaksikan pertunjukkan seni silat oleh ahli-ahli RSS Zon Selatan.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Presiden RSS Tuan Haji Muhd Haneef Ali. -@ybkarimsays










No comments:

Post a Comment