Tuesday 5 April 2011

Jangan menjual tanah lot

April 5, 2011

TERIMA KASIH: Karim (duduk tengah) merakamkan gambar bersama penerima-penerima surat tawaran skim pembesaran kampung sambil ditemani Taib (duduk enam kanan) dan Norlizawati (duduk empat kiri).
Ketua-ketua kampung juga tidak mempunyai kuasa mengesahkan urusan jual beli tanah berstatus tol

ASAJAYA: Pemilik tanah lot yang masih berstatus ‘tanah tol’ dinasihatkan agar tidak menjual tanah tersebut, pe¬san Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri Abdul Karim Rahman Hamzah.Beliau yang juga penyan¬dang Kerusi Dewan Undan¬gan Negeri (DUN) Asajaya berkata, sebarang urusan jual beli tanah terbabit adalah tidak sah mengikut undang-undang yang telah ditetapkan.

“Selagi tanah itu masih berstatus tol, belum diberikan geran, ia (tanah tol) tidak boleh dijual kepada sesiapa pun,” katanya.

Beliau berkata demikan semasa berucap pada majlis penyerahan surat tawaran skim pembesaran Kampung Sebandi Matang/Ulu di sini semalam.

Jelasnya, ketua-ketua kam¬pung juga tidak mempunyai kuasa untuk mengesahkan urusan jual beli tanah tol tersebut.

“Ia adalah menjadi kesala¬han kepada mana-mana ketua kampung untuk mengesahkan jual beli tanah ini kerana ia melanggar undang-undang pemilikan tanah tersebut,” tambahnya.

Pada masa sama, Karim turut menasihatkan agar pe¬milik-pemilik yang telah diberikan tanah tol membina rumah di atas tanah tersebut dalam tempoh yang ditetap¬kan.

Katanya, jika pemilik tidak membina rumah di atas tanah tersebut, kemungkinan tanah itu akan diambil semula oleh Jabatan Tanah dan Survei (JTS).


“Pihak JTS telah memberi satu tempoh yang panjang iaitu tiga tahun untuk membina rumah, dan jika tidak dibina dalam tempoh itu, tambahan selama dua tahun juga diberi¬kan supaya pemilik mem¬punyai peruntukan untuk membina rumah mereka.

“Jika tidak dibina juga, tanah tersebut akan diambil balik dan diberikan kepada pe¬mohon-pemohon lain kerana banyak penduduk lain mahu tanah ini,” ujarnya.

Dalam majlis tersebut, seramai 46 orang ditawarkan surat dalam skim pembesaran kampung yang mana keselu¬ruhan lot di kawasan itu kini berjumlah 310 lot.

Hadir sama Penguasa Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Samarahan Taib Belal, wakil Pegawai Daerah Asajaya Norlizawati Gobil, Penghulu Kampung Sebandi Matang Osman Ayok, Ketua Kampung Hassan Sanusi dan tetamu kehormat lain.
   

No comments:

Post a Comment