Sunday 5 April 2020

Kita turut berduka cita dengan 2 kematian akibat wabak Covid19 pada hari ini

Kita turut berduka cita dengan dua kes kematian akibat wabak #Covid19 pada hari ini dimana ianya menjadikan jumlah kematian di negeri #Sarawak menjadi sebanyak 12 kes. Kematian ini adalah dari Hospital Umum Sarawak #HUS
Mangsa kematian kesebelas merupakan seorang lelaki berumur 72 tahun dari Taman Sebah Height, #Kuching dan beliau telah dikesan positif #COVID_19 pada 28 Mac lalu.
Beliau telah dimasukkan ke wad Hospital Umum Sarawak dan meninggal pada 4 April jam 1.37 petang tadi.
Mangsa kematian kedua belas (12) merupakan seorang lelaki berumur 53 tahun dari Batu Kawa, Kuching. Beliau telah mendapat rawatan di Hospital Umum Sarawak pada 31 Mac lalu dan disahkan positif #COVID_19 pada 02 April. Beliau telah meninggal dunia pada 05 April pada jam 12.39 pagi. Setakat ini belum dipastikan kes telah mempunyai kontak dengan orang yang telah disahkan positif COVID-19.
Manakala terdapat 10 kes baharu positif COVID-19 dan ini menjadikan jumlah bilangan kes di Sarawak sebanyak 264. Daripada 10 kes baharu tersebut, 9 kes ini dirawat di Hospital Umum Sarawak dan 1 kes dirawat di Hospital Sibu.
Pada hari ini juga sebanyak 50 kes baharu Person Under Investigation (PUI) dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 1,629 kes. Daripada jumlah itu, 1,304 kes adalah negatif dan 61 kes PUI masih menunggu keputusan makmal.
Bagi pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri #Sarawak saya menyeru agar orang ramai terus mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan #PKP #MCO demi membendung penularan wabak #Covid19
Ikuti siaran langsung sidang akhbar yang telah saya pengerusikan bagi pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak petang tadi. Sila klik https://www.facebook.com/ukascomms/videos/223463229011224/










No comments:

Post a Comment