Saturday 4 April 2020

Keadaan dibahagian Kuching masih terkawal walaupun dalam Zon Merah

Terima kasih diucapkan kepada rakan rakan #Media kita yang sudi hadir di sidang akhbar harian yang dianjur oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak #JPBS yang berlangsung petang tadi.

Dalam sesi soal jawap yang diadakan tadi, saya berkata kerajaan negeri #Sarawak belum memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan atau #PKPD dibahagian #Kuching yang mencatatkan jumlah tertinggi positif pandemik #Covid_19 padai ketika ini.

Walaupun bahagian #Kuching berada dalam zon merah dan telah mencatatkan 163 kes positif dengan lima kematian, namun situasi disini masih terkawal.

Saya sebagai timbalan pengerusi JPBS telah mengumumkan bahawa satu lagi korban pandemik #Covid_19 berlaku di #Sarawak menjadikan jumlah kematian di negeri ini kini meningkat kepada 10 orang.

Mangsa terbaharu itu seorang lelaki berusia 56 tahun disahkan meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak (HUS) pada 4.16 petang, semalam.

Allahyarham berasal dari Kampung Demak Laut dimasukkan ke Hospital Umum #Sarawak pada 30 Mac yang lalu dan disahkan positif Covid-19 pada 1 April lalu dan disahkan meninggal dunia petang semalam.

Pada 4 April ini sebanyak 15 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan dan semuanya menerima rawatan di HUS, sekali gus menjadikan jumlah kes di Sarawak kini sebanyak 254 kes sejak kes positif pertama dilaporkan pada 13 Mac lalu.

Saya turut mengesahkan, selain dua Timbalan Ketua Menteri kita yang sedang menjalani kuarantin di rumah ketika ini, tiga lagi Menteri turut menjalani proses yang sama.

Dua Timbalan Ketua Menteri yang menjalani kuarantin di rumah itu ialah Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, manakala tiga Menteri pula ialah Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, Datuk Seri Fatimah Abdullah; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian dan Menteri Utiliti, Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom.

Selain itu, seorang lagi anggota Kabinet Sarawak iaitu Menteri Muda Pengangkutan Sarawak, Datuk Dr Jerip Susil serta tiga Ahli Parlimen Sarawak disahkan positif pandemik Covid-19.

Mengenai tangkapan ingkar arahan #PKP pula, seramai 20 individu ditahan dalam tempoh 24 jam mulai 8 pagi semalam hingga 8 pagi hari ini menjadikan jumlah yang ditahan sepanjang penguatkuasaan PKP adalah seramai 401 orang.



No comments:

Post a Comment