Tuesday, 7 April 2020

Kilang pemprosesan rumbia dibenarkan dibuka dari jam 7 pagi hingga 7 petang

Bagi pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak #JPBNS, saya telah mengumumkan bahawa semua kilang-kilang pemprosesan rumbia dibenarkan dibuka dari jam 7 pagi hingga 7 petang.

Selain itu, jawatankuasa yang telah bermesyuarat hari ini turut memutuskan bilangan penerbangan dari Labuan ke #Miri akan dikurangkan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakkan #PKP kepada tiga kali seminggu iaitu pada hari Isnin, Khamis dan Sabtu.

Manakala penerbangan dari #KualaLumpur-Miri-Kuala Lumpur akan diadakan hanya dua kali seminggu iaitu pada hari Khamis dan Ahad.

Syukur alhamdullilah, sehingga hari ini, pematuhan arahan #PKP adalah sebanyak 96.3 peratus.Pada Isnin (6 April) katanya, polis menangkap 35 orang di Sarawak kerana melanggar PKP dan 51 orang dituduh di mahkamah.
Sementara seramai 12 orang lagi dipenjara dan 29 orang didenda.

Pada kesempatan ini juga, kita ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada seramai 4,140 petugas #PDRM yang telah menjalankan #PKP dan mereka telah dibantu oleh seramai 1,220 agensi bantuan seperti Angkatan Tentera Malaysia #ATM (681), #RELA (397), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia #APM iaitu seramai 63 anggota dan #Polis Sukarelawan #PVR (79).

Disini saya juga menyeru kepada orang ramai yang pernah menghadiri acara atau mesyuarat dengan mereka yang positif COVID-19 diminta untuk tampil membuat saringan di pusat pemeriksaan yang disediakan.

Kita amatlah berharap agar mereka yang hadir atau terlibat dalam acara ini untuk hadir membuat saringan. Mereka yang datang bukan untuk ditangkap tetapi kita mahu mereka menjalani saringan kerana kita tahu mereka juga mempunyai keluarga dan kita tidak mahu ia terus merebak dikalangan mereka.

Ini termasuk mereka yang tinggal di kawasan yang diisytiharkan Zon Merah dan kini terdapat kemudahan makmal yang digunakan untuk ujian pengesanan COVID-19 di Kuching berbanding sebelum ini dimana kita perlu menghantar ujian pengesanan ke Kuala Lumpur yang mengambil masa tiga hingga empat hari keputusan. 

Namun memandangkan setiap hari adalah amat penting bagi ujian ini maka di bandaraya Kuching terdapat dua makmal iaitu di Hospital Umum Sarawak #HUS dan Universiti Malaysia Sarawak #UNIMAS.

Dengan dua makmal berkenaan kita dapat mengetahui keputusan ujian dalam masa 24 jam dan buat masa ini, dua makmal masih memadai untuk kita.

Pada hari ini juga kita telah menerima sumbangan dari Yayasan Sarawak dan juga beberapa badan bukan kerajaan #NGO yang berupa Peralatan Perlindungan Diri #PPE untuk para petugas di barisan hadapan.



No comments:

Post a Comment