TANDA INGATAN: Karim (tengah) menerima baju cenderamata pertandingan daripada Stephen. Turut kelihatan Snowdan, Matthew, Ong, Zil dan ahli-ahli jawatankuasa penganjur. |
Penganjuran pertandingan Amal Gusti Lengan Antarabangsa lebih meriah pada masa akan datang
KUCHING: Harapan Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah agar Pertandingan Amal Gusti Lengan Antarabangsa Premier 101 2018 lebih meriah pada masa akan datang.
Beliau gembira dengan kira-kira 500 penyertaan daripada atlet luar negara dan tempatan berkata, penganjuran pertandingan bertaraf antarabangsa itu bakal memberi impak positif dari aspek pelancongan.
“Kita berharap acara tahunan ini akan bertambah lebih besar setiap tahun,” katanya pada sidang media bagi menghebahkan pertandingan tersebut di sini semalam.
Abdul Karim berharap penduduk sekitar beramai-ramai menyaksikan kehebatan atletatlet dari 20 negara di Pusat Komersil Premier 101 pada 19 dan 20 Januari ini.
Menurutnya, persembahan kebudayaan etnik-etnik di Sarawak memaparkan upacara perasmian pastinya menjadi tatapan atlet-atlet dan pegawai pengiring serta keluarga mereka ke pertandingan itu.
Pertandingan itu dianjurkan bersama Kelab Komuniti Premier 101 dan Persatuan Sukan Lengan Sarawak (SASA) dengan sokongan Kementerian Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Dua puluh negara itu terdiri Filipina, Amerika Syarikat, Australia, Kazakhastan, Thailand, China, Taiwan, Jepun, Rusia, Vietnam, Brunei, India, Nigeria, Korea, Belarus, New Zealand, Indonesia, Ukraine, Turki dan Itali.
Penganjur menganggarkan pertandingan itu bakal disertai kira-kira 200 penyertaan atlet dari negara-negara tersebut manakala 300 penyertaan atlet di Malaysia.
Pertandingan itu dijadual dirasmikan oleh Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah pada 19 Januari ini.
Paling menarik, jaguh dunia sukan lengan Devon Larrat dari Kanada akan muncul di pentas pertandingan dan mengendalikan seminar sukan gusti lengan dan pengadilan.
Lapan kategori dipertandingkan iaitu Lelaki Senior 85kg ke atas, Lelaki Senior 75-85kg, Lelaki Senior 75kg ke bawah, Lelaki Kidal 80kg ke atas, Lelaki Kidal 80kg ke bawah, Lelaki Senior Amatur 75kg ke atas, Lelaki Senior Amatur 75kg ke bawah dan Wanita Senior Terbuka.
Jumlah keseluruhan wang tunai untuk dimenangi pada acara berprestij ini ialah RM31,300.
Hadir sama pada sidang media itu Menteri Muda Sukan Datuk Snowdan Lawan, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Sukan Sarawak Dr Ong Kong Swee, Penasihat SASA Datuk Seri Teng Chi Lik, Presiden SASA Matthew Dominic Barin, timbalannya Stephen Kee dan Timbalan Presiden Persatuan Sukan Lengan Malaysia (MyArms) Mohd Zil Fadli.
No comments:
Post a Comment