Saturday 6 January 2018

Karim menang tanpa bertanding

January 06, 2017
Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah bersama ahli-ahli jawatankuasa yang dipilih dalam mesyuarat agung.
KOTA SAMARAHAN: Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah telah diisytiharkan menang tanpa bertanding untuk jawatan Ketua Cawangan bagi penggal 2017-2020 dalam Mesyuarat Agung Tiga Tahun Sekali PBB Cawangan N.15 Asajaya petang tadi di Dewan Suarah Kota Samarahan.

Beliau telah mengekalkan jawatan tersebut lima penggal berturut-turut sejak 2001.

Manakala Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Buang Bolhassan telah menewaskan Oton Bujang untuk jawatan Timbalan Ketua Cawangan.


Sementara itu, Aluwi Tamby diumumkan menang tanpa bertanding bagi jawatan Naib Ketua Cawangan.

Ketua Pemuda Jamil Saili dan Ketua Wanita Mahani Sahari secara automatik dilantik sebagai Naib Ketua Cawangan.

Senarai ahli jawatankuasa induk cawangan yang dipilih dalam mesyuarat tersebut ialah seperti berikut:

Ketua Cawangan - Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah
Timbalan Ketua Cawangan - Buang Bolhassan
Naib Ketua Cawangan - Aluwi Tamby, Jamil Saili dan Mahani Sahari
AJK- Kasbi Dris, Sajeni Sajily, Selamat Dris, Alias Sakup, Ideris Saji, Jarawi Lankup, Lillah Suip, Mohamad Keri, Malim Dubi, Azimen @ Dolet Samat, Abang Alias Abang Badar, Rosli Buang, Madzihi Julai, Zaini Dillah dan Zawawi Keri

Manakala senarai ahli jawatankuasa pergerakan wanita dan pemuda yang dipilih adalah seperti berikut:

Ketua Wanita - Hajah Mahani Hj Sahari 
Naib Ketua Wanita - Selayah Bujang 
AJK - Norlia Gobil, Ramlah Jumat, Norisah Mohd, Jauyah Baylai, Zubaidah Mat, Hajah Misiah Nawi dan Hasanah Dan

Ketua Pemuda - Jamil bin Saili
Naib Ketua Pemuda - Roslan bin Bujang
AJK - Shahrizzal Arfandy Adam, Maraie Aman, Abu Mohamad, Rosdi Poli, Razak Hajimi, Hasim Hanapi dan Furkan bin Hassan

-@ybkarimsays
  

No comments:

Post a Comment