Saturday 13 January 2018

Abang Jo berjaya bukti kemampuannya sebagai KM


KUCHING: Datuk Pa-tinggi Abang Johari Tun Abang Openg berjaya membuktikan kemampuannya untuk memacu pembangunan alaf baharu setelah setahun memegang tampuk pemerintahan sebagai Ketua Menteri.

Menteri Pelancongan, Ke-senian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, rakyat keseluruhannya berpuas hati dengan corak kepemimpinan dan polisi yang dibawakan Ketua Menteri Sarawak keenam itu.

“Syukur alhamdulillah Abang Johari telah sampai ke tahun pertamanya sebagai Ketua Menteri.

“Tahniah dan syabas di-ucapkan kepada beliau kerana berjaya membuktikan kemampuan dan kecekapan mengemudi ‘kapal’ Sarawak di air tenang dan air bergelora dengan baik,” katanya.

“Rakyat Sarawak berasa bertuah, gembira dan berpuas hati dengan komitmen dan perancangan beliau untuk memajukan negeri ini termasuk kawasan pe-dalaman ke arah ekonomi digital,” katanya di sini, kelmarin.

Sehubungan itu, Abdul Karim yang juga Ahli Ma-jlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu memohon rakyat Sarawak untuk terus memberi soko-ngan padu kepada Abang Johari dalam mentadbir dan menjadikan negeri ini maju dengan rakyat berpendapatan tinggi pada masa hadapan.

“Saya yakin Abang Johari mampu merealisasikan impian ini malah saya juga yakin Sarawak akan terus bertambah maju dan makmur di bawah kepemimpinannya.”

Mengenai usaha yang dilakukan Abang Johari setelah setahun menjadi Ketua Menteri, Abdul Karim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asajaya itu berkata, beliau telah memulakan banyak langkah baharu untuk negeri Sarawak meskipun dalam tempoh singkat.

“Antaranya, beliau (Abang Johari) berjaya mengambil alih semua pegangan saham kerajaan persekutuan dalam Empangan Hidroelektrik (HEP) Bakun, sekali gus menjadikan ia milik penuh kerajaan negeri.

“Kejayaan ini penting ke-rana ia bermakna kerajaan berjaya mengawal sumber asli kita sendiri,” katanya.

Selain itu, kata Abdul Karim, menerusi kepemimpinan Abang Johari, Sarawak kini mempunyai bank sendiri iaitu Bank Pembangunan Sarawak (DBOS) serta syarikat minyak dan gas, Petroleum of Sarawak (PETROS) yang membolehkan Sarawak menikmati manfaat dan keuntungan terus daripada sumber gas dan minyak negeri.

Dalam usaha meningkatkan ekonomi digital, beliau berkata, Abang Johari juga menubuhkan Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) dan aplikasi Sarawak Pay.

“Ini membuktikan beliau bukan hanya bercakap malah merancang dan melaksanakan strategi untuk mentransformasikan ekonomi digital negeri ini,” katanya.

Sementara itu, Menteri Muda Elektrik Luar Bandar Dr Abdul Rahman Junaidi merakamkan ucapan se-tinggi-tinggi tahniah kepada Abang Johari atas ulang tahun pertama beliau sebagai Ketua Menteri Sarawak yang keenam.

“Sesungguhnya, kita bersyukur kerana peralihan pentadbiran Ketua Menteri telah berjalan lancar setahun lalu.

“Abang Johari membuktikan beliau dapat me-neruskan kesinambungan kepemimpinan negeri dengan lancar, termasuk meneruskan pentadbiran negeri seperti mana dirintiskan bekas ketua menteri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem,” katanya.

Malah katanya, Ketua Menteri kini berusaha membawa lonjakan paradigma pembangunan Sarawak untuk menjadikan negeri ini menjadi sebuah negeri maju dalam tempoh 10 hingga 20 tahun akan datang.

“Bukan sahaja bakal menjadi negeri termaju di Malaysia, Sarawak mampu menjadi terkenal di peringkat global.

“Bermula dengan pene-rapan integriti dan akaun-tabiliti dalam pengurusan dan pentadbiran negeri, beliau (Abang Johari) telah memperkenal banyak inisiatif baharu termasuk usaha mengembalikan hak mutlak negeri seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63),” kata Dr Abdul Rahman yang juga Ahli majlis Tertinggi PBB.

Tanggal 13 Januari ini genap setahun kepemimpinan Abang Johari sebagai Ketua Menteri keenam mengganti-kan Allahyarham Adenan yang meninggal dunia pada 11 Januari, 2017. -UtusanBorneo
 

No comments:

Post a Comment