Wednesday 2 August 2017

Pengurusan kewangan JMS perlu ditambah baik: Karim


KUCHING: Penambahbaikan dan pindaan perlu dilakukan ke atas sistem pengurusan kewangan Jabatan Muzium Sarawak (JMS) dengan meng-ambil kira elemen-elemen utama dinilai oleh Jabatan Audit Negara (JAN).

Menteri Pelancongan, Ke-senian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata langkah itu perlu bagi me-mastikan pencapaian peng-urusan kewangan JMS diperbaiki bermula tahun ini.

“Sudah tentu saya tidak gembira dengan pencapaian Jabatan Muzium Sarawak seperti dinyatakan oleh Ketua Audit Negara (KAN) Tan Sri Dr Madinah Mohamad dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 1, 2016.

“Saya perlu meneliti setiap fakta yang dinyatakan oleh KAN dalam laporan kali ini dan membuat pindaan atau penambahbaikan.

“Diharap pencapaian peng-urusan kewangan JMS memperlihatkan peningkatan ketara bermula tahun ini dan tahun-tahun seterusnya,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi semalam bagi mengulas Laporan Ketua Audit Negara Siri 1, 2016 yang mendapati JMS antara dua jabatan (kerajaan negeri) mendapat penarafan kurang memuaskan atau dua bintang dalam pencapaian pengurusan kewangannya pada 2016.

Karim menambah, beliau memerlukan sedikit masa untuk meneliti setiap elemen utama dalam sistem pengurusan kewangan JMS kerana beliau baharu sahaja mengambil alih sebagai menteri bertanggungjawab pada awal Mei 2017.

“Umum perlu ingat, laporan ini dilakukan pada 2016 (antara November 2016 hingga Februari 2017),” katanya.

Beliau menambah, sebarang kelemahan yang dibangkitkan oleh KAN dalam laporan itu perlu dilihat dengan teliti dan mesti diperbetulkan.

Dalam LKAN Siri 1, 2016, JMS berada di kedudukan kedua terbawah daripada 27 kementerian, jabatan dan agensi kerajaan negeri diaudit.

JMS hanya memperoleh 65.71 markah bagi penarafan pengurusan kewangan pada 2016.

LKAN itu juga mendedah-kan bahawa JMS pada tahap kurang memuaskan dalam kawalan pengurusan serta kawalan perolehan.

Menurut KAN secara umumnya, kelemahan yang dikesan ialah carta organisasi tidak disediakan dengan lengkap serta dipamerkan, pegawai terlibat dengan pe-ngurusan kewangan tidak sah atau tidak diberi kuasa atau dilantik secara bertulis.

Selain itu katanya, penurunan kuasa tidak disedia dengan lengkap, tiada peng-asingan tugas yang jelas dalam pengurusan kewangan bagi memastikan ‘check & balance’ diwujudkan.

Kelemahan lain ialah pembayaran dibuat tanpa barang atau perkhidmatan diterima, pembayaran tidak disokong dengan dokumen lengkap dan Penyata Debit diterima daripada Perbendaharaan Negeri tidak disemak atau disahkan dengan semua bil asal daripada agensi serta pegawai bertanggungjawab, tambahnya.

Justeru beliau mengemuka-kan beberapa pengesyoran bagi memantapkan lagi pencapaian pengurusan kewa-ngan kementerian, jabatan dan agensi kerajaan negeri pada masa akan datang.

Antara pengesyoran beliau ialah pegawai pengawal atau ketua jabatan atau ketua agensi negeri harus memastikan Jawatankuasa Audit membincangkan secara terperinci isu yang dibangkitkan oleh JAN dan Unit Audit Dalam serta memastikan tindakan pembetulan termasuk pencegahan diambil.

“Penglibatan secara ‘hands-on’ dan penyeliaan rapi di peringkat pegawai penyelia hingga ke peringkat pegawai pengawal atau ketua jabatan atau ketua agensi perlu dipertingkatkan.

“Pegawai pengawal atau ketua jabatan atau ketua agensi juga mesti memastikan kawalan dalamam diwujudkan dalam urusan perbelanjaan,” kata Madinah. -UtusanBorneo
  

No comments:

Post a Comment