WAKIL NEGARA: Abdul Karim menunjukkan senarai atlet-atlet Sarawak mewakili negara pada Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur. |
KUCHING: Seramai 43 atlet Sarawak terpilih dalam senarai awal kontinjen negara yang akan bertanding pada temasya Sukan SEA 2017 (KL2017) dari 19 hingga 30 Ogos ini di Kuala Lumpur.
Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata mereka yang tersenarai adalah sebahagian daripada 876 atlet negara yang akan berentap dalam 38 acara sukan pada temasya itu.
Bagaimanapun, beliau menjangka jumlah atlet Sarawak bertanding pada temasya dwitahunan itu akan meningkat sebaik beberapa acara sukan mengumumkan senarai terakhir atlet mereka dalam masa terdekat.
“Jumlah atlet Sarawak masih belum muktamad kerana beberapa acara sukan belum mengumumkan senarai atlet. Setakat ini, kita ada 43 atlet dari Sarawak yang akan mewakili negara.
“Harapan saya agar mereka ini dapat membawa kejayaan kepada Malaysia dan mengharumkan Sarawak,” katanya pada sidang media di Bangunan Baitul Makmur di sini semalam.
Hadir sama Menteri Muda Belia dan Sukan Snowdan Lawan, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Sukan Sarawak merangkap Pengarah Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS), Dr Ong Kong Swee dan Ketua Unit Sukan Kementerian Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Zul Usup.
Menurut Abdul Karim, beberapa atlet Sarawak diletakkan sasaran untuk menyumbang emas pada temasya sukan berprestij selama 12 hari itu.
Mereka ialah Welson Sim (renang), Grace Wong (olahraga), Jonathan Nyepa (olahraga), Diana Bong (wushu), Sanjay Singh Chal (skuasy) dan Bibiana Ng (menembak).
“Saya berharap mereka tidak mengalami kecederaan semasa latihan menyebabkan digugurkan daripada skuad masingmasing dalam kontinjen negara,” ujarnya.
Ditanya mengenai ganjaran diberikan kepada atlet-atlet yang merangkul pingat nanti, Abdul Karim menjelaskan pihaknya belum memutuskan sebarang keputusan mengenai perkara tersebut.
“Tetapi, berdasarkan pengalaman pada masa lalu siapa-siapa yang mengharumkan nama Sarawak kita pertimbangkan untuk mendapat ganjaran sama ada dari segi kewangan ataupun pingat,” katanya.
Senarai penuh 43 atlet Sarawak dalam kontinjen Sukan SEA Malaysia ialah Ariana Nurminda Ariffin (basikal), Ma Chee Khuen, Liaw Chee Huei, Wong Mei Chyn (bola keranjang), Tommy Mawat Bada (bola sepak) , Ranjit Ramu, Alicia Yii, Angela Tang , Stephanie Law, Ting Hui Chin, Mandy Song, Maida Song Hua, Chroe Wong Rong (bola tampar), Arecia Esmelda Ment i (gimnastik), Ashley Lau (golf), Fazilla Sylvester Silin (hoki), Brenton Sim (judo), Christina Nina Baret, Dewi Idora Chunam (kriket) dan Bibiana Ng (menembak).
Atlet-atlet lain termasuk Jackie Wong, Jonathan Nyepa, Moham- ad A r i f Zulhilmi Alet, Grace Wong, Norris Foo, Nixson Kennedy, Quek Lee Yong, Rizzua Abdul Rahman (olahraga), Welson Sim, Erika Kong (renang), Sanjay Singh Chal (skuasy), Augustine Rudy Grocer (taekwondo), Mohd Assri Merzuki (tenis), Traisy Vivien Tukiet, Kimberly Bong (terjun), Audrey Chan, Diana Bong, Loh Jack Chang, Gjeblehim Bong (wushu), Stancy Ling Engan, Cindy John Pasan, Fidelia Limang Telajan dan Dayang Manggie (ragbi). -UtusanBorneo
No comments:
Post a Comment