Friday, 21 November 2014

Langkah terbaik, manfaat seluruh rakyat

November 21, 2014

Penurunan tarif elektrik berita gembira, khasnya buat penduduk kawasan luar bandar

KUCHING: Langkah kerajaan negeri menurunkan tarif elektrik kepada pengguna di negeri ini adalah langkah terbaik dan diyakini akan memberi manfaat kepada seluruh rakyat.

Malahan, pengumuman itu amat disambut baik oleh wakil rakyat negeri ini khasnya mereka yang mewakili kawasan luar bandar kerana ia merupakan satu berita gembira yang amat bermakna.

Menteri Muda Belia dan Sukan (Bandar) juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asajaya Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, pengumuman penurunan tarif itu juga merangkumi lebih banyak isi rumah di negeri ini.

“Ini merupakan satu be-rita gembira kepada ramai penduduk Sarawak terutama kepada mereka yang tidak menggunakan elektrik yang banyak khasnya kepada orang kampung dan dikecualikan membayar.

“Ia melibatkan 130,000 isi rumah yang akan mendapat manfaat daripada berita gembira ini dan ia adalah langkah wajar kerana kita dimaklumkan Sarawak Enegery Berhad (SEB) dan SESCo mendapat keuntungan yang disalur balik kepada rakyat,” katanya ketika ditemui pada majlis makan malam anjuran Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBCC) di sini, malam kelmarin.

Beliau berkata, misalnya penduduk di Asajaya, ia merupakan berita gembira dan amat baik kepada mereka.

Sementara itu, seorang lagi wakil rakyat, ADUN Balai Ringin Snowdan Lawan ketika ditemui memberitahu ia adalah langkah kerajaan BN yang prihatin kepada rakyat Sarawak.


“Saya berharap usaha sebegini akan berterusan pada masa akan datang dan lebih banyak lagi kejutan daripada Ketua Menteri kita.

“Kita amat menyambut baik usaha ini dan keputusan yang dibuat beliau,” katanya.

Beliau memberitahu, berita gembira itu pastinya amat bermakna kepada penduduk luar bandar seperti di kawa-sannya, Balai Ringin.

Mereka, katanya, amat gembira dengan pengumuman itu kerana ia langkah yang amat baik dalam menjaga kebajikan rakyat di luar bandar dan mereka yang berpendapatan rendah.

ADUN Engklili Dr Johnical Rayong Ngipa pula berkata, langkah itu membukti-kan kerajaan BN di bawah kepimpinan Ketua Menteri amat serius membantu dan menyelesaikan masalah rakyat Sarawak.

“Ia amat baik. Kita me-nyokong sepenuhnya kerana pasti akan memberi manfaat kepada semua rakyat Sarawak.

“Ini juga membuktikan kerajaan BN di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri kita amat serius dalam membantu dan menyelesaikan masalah rakyat di negeri ini,” katanya.

Menteri Muda Peranca-ngan Sumber Datuk Mohd Naroden Majais pula berkata, pengumuman penurunan tarif elektrik oleh Ketua Menteri akan mengurangkan beban rakyat di negeri ini.

“Masyarakat kita harus menerima baik keputusan kerajaan untuk mengurangkan kadar atau tarif elektrik yang berkuatkuasa mulai awal tahun hadapan.

“Ini sudah pastinya satu berita gembira yang memberi manfaat kepada rakyat khususnya golongan sasar yang berpendapatan rendah, sederhana dan pertengahan di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmi-kan Makmal Resolusi Seminar Budaya Melayu Sarawak Keenam di sini, semalam.

Naroden memberitahu, meskipun pihak pembangkang menyifatkan penurunan itu terlalu kecil tetapi ia pastinya memberi manfaat besar kepada golongan sasar.

“Penjimatan itu dikira mengikut unit kegunaan bulanan elektrik, bagi mereka berpendapatan tinggi sudah pastinya mereka akan me-ngatakan ia satu jumlah yang kecil.

“Tetapi bagi mereka yang berpendapatan rendah di mana penggunaan harian elek-trik rendah maka mereka ini akan menikmati penjimatan yang besar,” jelasnya.

Beliau memberitahu wang yang dijimatkan itu hasil daripada penurunan tarif elektrik itu dapat digunakan oleh golongan sasar untuk kegunaan lain.

Bagi mengurangkan beban rakyat akibat kenaikan kos sara hidup, kerajaan negeri akan menurunkan tarif elektrik bagi pengguna domestik berkuat kuasa 1 Januari 2015.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem berkata, kerajaan telah merangka semakan semula tarif elektrik dengan mengambil kira pengguna dari golongan berpendapatan rendah.

“Hampir 60,000 pengguna akan menyertai 70,000 pengguna yang sedia layak menikmati subsidi RM20 kerajaan persekutuan.

“Ini bermakna kira-kira 130,000 pengguna berpendapatan rendah akan menerima bil (elektrik) bulanan sifar (tidak perlu membayar),” katanya mengumumkan keputusan tersebut pada ucapan penggulungannya pada persidangan Dewan Undangan Negeri, kelmarin.
 

No comments:

Post a Comment