Friday 14 November 2014

Christina Chiew lupa jawapan yang telah diberikan


KUCHING: Menteri Muda Perumahan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menyifatkan Christina Chiew (DAP-Batu Kawah) ketandusan isu.

Beliau menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) berkata, isu Rumah Mesra Rakyat di Sungai Midin yang dibangkitkan oleh Christina di kawasan itu sudah dijelaskan pada Persidangan DUN yang lepas.

Karim berkata projek berkenaan memerlukan kerja-kerja penembokan dan pemendapan ta-nah ekoran kawasan itu merupakan kawasan yang rendah.

“Kawasan terbabit adalah kawasan rendah yang memerlukan kerja-kerja penembokan tanah dan pemendapan.

“YB Cristina mesti sudah kehabisan isu untuk dibawa sehingga beliau terlupa perkara ini sudah dijawab oleh menteri bertanggung-jawab pada persidangan yang lepas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu berkenaan yang dibangkitkan semula oleh Christina ketika membahaskan Bajet Negeri 2015 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, semalam.

Terdahulu, Christina membahaskan Bajet Ne-geri 2015 mengenai projek berkenaan sebelum Karim bangun memperjelaskan perkara tersebut.

Ekoran itu Dewan semalam menjadi riuh sebentar selepas Karim menjawab perkara tersebut.
  

No comments:

Post a Comment