Thursday, 2 January 2014

PBT harus mengutamakan kerja menaik taraf jalan


KUCHING: Pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak harus memandang remeh akan keadaan jalan raya di sekitar bandar raya ini yang disifatkan masih berada pada tahap kualiti yang rendah.

Menteri Muda Pembangunan Belia (Bandar) Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, pemantauan serta tindakan yang sewajarnya daripada PBT bagi menaik taraf kualiti jalan di sekitar bandar raya ini haruslah menjadi keutamaan.

“Keadaan jalan raya di sekitar Kuching yang berlubang serta berlopak terutama pada musim hujan memungkinkan kemalangan jalan raya terutama yang membabitkan pengguna motosikal.

“Pihak berkuasa tempatan harus memandang serius berkaitan perkara ini bagi membaik pulih serta menaik taraf kualiti jalan untuk mengelak kemalangan jalan raya yang boleh mengakibat-kan maut,” katanya.

Abdul Karim yang juga Menteri Muda Perumahan berkata, jalan raya yang berlubang haruslah diratakan tidak kira keadaan cuaca pada masa kini yang mengalami hujan berterusan.

“Jalan raya yang berlubang sentiasa dilihat berbahaya ter-utama bagi pengguna moto-sikal dan ia harus dibaiki serta diratakan tidak kira apa jua cuaca yang kita hadapi sekarang.

“Seperti yang kita sedia maklum, pada masa sekarang, pengguna kenderaan bermotor semakin meningkat dan kita tidak mahu purata kemalangan yang berlaku juga meningkat,” katanya pada Majlis Perasmian Pusat Sehenti Institut Memandu Kota Gading (IMKG) di Pusat Komersil MJC Batu Kawah, dekat sini, semalam.

Hadir sama Setiausaha Majlis Daerah Bau Jitien Ritop dan Pengarah Urusan IMKG Henry Jinep.
  

No comments:

Post a Comment