November 30, 2013
SERAMAI 50 peserta terdiri daripada ahli Kelab Motorsikal Berkuasa Tinggi (BBSC) menyertai konvoi ’Kembara Merdeka’ yang akan bermula semalam (Jumaat) melangkumi perjalanan dua benua berbeza Kuching- Pontianak, Kalimantan Barat, Indonesia.
Menteri Muda Pembangunan Belia, Datuk Haji Abdul Karim Rahman Hamzah menjelaskan, satu sejarah baharu tercipta dengan adanya perlaksanaan program ini yang sekali gus perantaraan terbaik mewujudkan silaturahim serumpun dua wakil dari negara berbeza (Sarawak/Malaysia & Pontianak, Kalimantan Barat/Indonesia).
"Kita begitu gembira dengan perlaksanaan program seperti ini kerana secara tidak langsungnya dapat dijadikan pentas merapatkan hubungan silaturahim kedua-dua pihak. Di samping mempromosikan aktiviti ahli kelab ini di negara jiran," tegas Karim.