BINTULU: Kementerian Perumahan akan memantau dan mengenal pasti pendekatan yang boleh diambil untuk menstabilkan harga rumah di Bahagian Bintulu sekali gus meng-elakkannya daripada terus me-ningkat.
Menteri Muda Pembangunan Belia (Bandar) dan Menteri Muda Perumahan, Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, hakikatnya purata harga rumah dan sewa rumah di Bintulu adalah paling tinggi berban-ding bandar-bandar utama lain seperti Kuching, Miri dan Sibu.
Katanya, terdapat pro dan kontra mengenai harga tersebut, namun kenaikan itu berpunca daripada beberapa sebab, antaranya pembangunan pesat bandar Bintulu sendiri dan pusat bagi pelaksanaan projek-projek Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE).
“Daripada sebuah kampung nelayan terpencil, Bintulu seperti apa yang dapat dilihat hari ini menjadi bandar yang sangat pantas membangun di Sarawak,” ujarnya semasa me-rasmikan Jerayawara Perumahan dan Hartanah Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA) di Hotel Parkcity Everly sema-lam. Jerayawara akan berakhir hari ini.
Abdul Karim berkata, pembangunan Bintulu amat pesat, justeru permintaan pasaran rumah turut meningkat.
“Ada pemaju tidak gembira dengan keadaan itu (pengurangan harga rumah), namun begitu di samping membina rumah yang lebih baik, pemaju juga perlu sedar mengenai tanggungjawab mereka kepada masyarakat dengan membina rumah yang mampu dimiliki,” katanya.
Beliau berkata, pemaju perlu melaksanakan lebih banyak program bagi memastikan penduduk mampu memiliki rumah yang lebih baik.
Jelasnya, Kementerian Perancangan Sumber, Jabatan Tanah dan Survei dan Kementerian Perumahan sendiri telah pergi ke Singapura untuk melihat pembinaan konsep komuniti dalam taman sebagai salah satu langkah dalam proses meng-ubah undang-undang dan ordi-nan perumahan di Sarawak.
Justeru, katanya, Ketua Men-teri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud akan memberi taklimat mengenai perkembangan perumahan di Sarawak, termasuk rumah kos rendah dengan beberapa kes yang bermasalah membabitkan pemaju swasta.
“Kita juga sedang melihat beberapa perkara dari segi keperluan modal, kemudahan-kemudahan dan sebagainya dengan harapan untuk melihat masa depan yang lebih baik.
“Dan, peranan pemaju perumahan bukan hanya untuk meraih keuntungan, sebaliknya perlu melihat peranan lain dalam menyediakan rumah,” katanya ketika mewakili Menteri Pe-rumahan, Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg.
Beliau berkata, dasar pembinaan yang menentukan keadaan perbandaran dengan idea-idea yang lebih baik perlu dibuat memandangkan pembeli membeli rumah bukan untuk didiami sehari dua, tetapi seumur hidup mereka.
Dalam pada itu, katanya, jerayawara dan pameran yang dianjurkan SHEDA amat bertepatan kerana ia mampu membantu meningkatkan jualan hartanah.
Turut hadir Presiden SHEDA, Zaidi Ahmad; Naib Presiden merangkap Pengerusi Perhubungan SHEDA Bintulu, Troy Yaw Chee Weng; Pengerusi penganjur, Jason Ting Pin Nging; Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), Datu Mohidin Ishak, Pegawai Daerah Bintulu, Tuah Suni; Penguasa Jabatan Tanah dan Survei, Ramzi Abdillah, Temenggung Barry Yek dan Pemanca Francis Toh.
No comments:
Post a Comment